Suami isteri yang juga pasangan duet popular, Ernie Zakri dan Syamel baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 pada 26 Mac lalu.
Kredit Foto: erniezakri
Hasil perkongsian hidup, Ernie dan Syamel dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun.
Suami & Bapa Yang Terbaik
Ernie atau penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri memuat naik satu hantaran di akaun Instagramnya menitipkan kata-kata manis buat suami tercintanya itu.
Dalam kapyen yang dititipkan oleh penyanyi yang popular dengan lagu berjudul ‘Aura’ ini, Ernie menyifatkan Syamel sebagai suami dan bapa yang terbaik.
View this post on Instagram
“Happy 4 years to us! Alhamdulillah.
“Terima kasih sudah menjadi yang terbaik, seorang suami dan daddy yang terbaik buat kami.
“Sampai hujung usia, Daddy! Amin.”
Tiga foto yang dikongsi oleh Ernie dalam hantarannya itu sudah cukup untuk menggambarkan kebahagiaan yang mereka kecapi selama empat tahun bergelar suami isteri.
Pohon Doa Yang Baik-Baik
Menjengah ke akaun Instagram Syamel pula, ini yang dititipkan buiat isteri tersayangnya itu.
Syamel mengharapkan mereka dapat menuju syurga bersama-sama diiringi doa yang baik-baik daripada para peminat dan pengikutnya.
View this post on Instagram
“Officially 4 years and still counting menuju syurga Insya Allah.
“Segala doa2 yang baik akan kami aminkan. Cinta saya untuk awak @erniezakri”
Rata-rata para peminat dan pengikut kedua-duanya menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sampai ke syurga.
BACA JUGA: Cara Atasi Masalah Kulit ‘Breakout Kronik’, Ini Amalan Ernie Zakri!
Detik Perkenalan
Mengimbau detik perkenalan Ernie dan Syamel, mereka mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017.
Mereka mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020.
Ernie dan Syamek kemudiannya selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Mac dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah berlangsung secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor dihadiri oleh 20 ahli keluarga terdekat sahaja.
Mereka dinikahkan jurunikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian namun wang hantaran dirahsiakan.
Semoga Ernie dan Syamel kekal bahagia sampai syurga.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.