Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja, Evertts Gomes, yang semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan, menzahirkan rasa syukur atas sokongan yang diterimanya sepanjang perjalanan lakonannya.
“Terima kasih kepada semua orang yang sukakan lakonan saya. Setiap kali saya pegang watak, target saya adalah hanya untuk sampaikan sahaja apa yang sepatutnya saya sampaikan.
ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Evertts Gomes Sebagai Anak Seni Tempatan Tertunai
“Jadi, saya bersyukur ramai yang suka dengan lakonan saya. Tapi kadang kala saya rasakan lakonan yang saya sampaikan belum lagi 100%, tapi kita kan buat silap dan belajar daripada itu.
“Saya masih belajar dan saya harap karya lakonan selepas ini membuatkan anda semua lagi enjoy,” katanya kepada Remaja.
Aktor berasal daripada Negeri Dibawah Bayu itu, turut memberi pandangannya mengenai gelaran ‘Hero Malaya’.
BACA: Nadhir Nasar Akui Masih ‘Single’, Peminat Tarik Nafas Lega!
Meskipun ada yang menganggap dirinya layak, pelakon drama popular Curang Tanpa Niat itu berpandangan bahawa masih ramai lagi yang lebih berkelayakan untuk memegang gelaran tersebut.
“The next Hero Malaya? Saya rasa ada lagi yang layak untuk memegang gelaran tersebut kerana saya kurang setuju dengan ada yang kata saya ini ada paras rupa Melayu.
“Jadi macam mana saya nak pegang gelaran itu kan… Tapi, mungkin ada sesetengah yang nampak saya layak.
“Terima kasih yang kata saya layak jadi Hero Malaya. Tapi jauh lebih ramai lagi yang lebih patut dapat pegang title itu,” jelasnya dengan rendah hati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.