Kris Dayanti baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-50 dalam sebuah pesta glamor, KD Fifty.
Dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan, majlis ini memberi peluang kepada tetamu untuk kelihatan terbaik dalam gaya berkelas.
Kredit Foto: aurelie.hermansyah
Antara tetamu yang mencuri tumpuan ialah anak perempuan kesayangan Kris Dayanti iaitu Aurel Hermansyah.
Kedua-duanya menunjukkan keanggunan dengan menyarrungkan maxi dress yang elegan.
Feminin Dengan Sentuhan Soft Elegance
Aurel Hermansyah tampil anggun dengan maxi dress berwarna nude lembut dengan motif bercetak memberikan kesan lembut serta mewah.
Perincian reben di bahagian leher mengukuhkan lagi elemen estetika feminin klasik.
View this post on Instagram
Sebagai pelengkap, Aurel memilih tudung polos yang sepadan dengan pakaiannya, mewujudkan keharmonian warna yang menenangkan.
Jam tangan elegan dan solekan tanpa cela dengan gincu menyerlahkan kecantikannya tanpa kelihatan berlebihan.
Ini membuktikan bahawa maxi dress kekal sebagai pilihan fesyen sepanjang zaman.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.