SHERRY IBRAHIM Dedah ‘Rahsia’ Penampilan Memukau Di Usia 41 Tahun! Wanita Hanya Perlu Dapatkan..

Hal ini demikian kerana Sherry sememangnya seorang yang menjaga kecantikan dan kesihatan. Lihat saja penampilannya yang sentiasa on point dan tubuhnya yang langsing. Pasti ramai yang nak tahu apa rahsia atau petua yang diamalkan.
Ketika disoal team NONA, apakah rahsia Sherry kekal menawan, bertenaga dan stylish! Ini respon yang diberikan oleh pelakon, penyanyi, pengacara serta bekas pramugari Sherry Ibrahim!

“Sebenarnya saya tidak terlalu mengikut rules sangat. Ramai juga yang tanya saya mengenai tip-tip kecantikan.

“Jawapan saya mudah saja iaitu kena rajin dan paling ‘wajib’ tahu jenis kulit kita sendiri. Untuk badan pula saya aktif melakukan aktiviti bicycle lean class dan hit boxing.”

Wajah Sherry Pernah ‘Breakout’ Teruk!

“Saya pernah alami masalah jerawat yang sangat besar. Sebelum ini saya jarang ada masalah seperti ini. Kalau ada pun hanya jerawat kecil-kecil.

“Masalah jerawat besar itu agak menduga kesabaran kerana ia ambil masa untuk pecah. Kemudian ia meninggalkan kesan parut yang tidak cantik di wajah.

“Untuk mengatasinya saya buat rawatan laser di samping memakai serum dan masker secara konsisten. Alhamdulillah lama kelamaan ia hilang. Kulit saya kembali sihat dan bersih.

“Selepas itu saya lebih peka dengan penjagaan kecantikan kulit. Saya juga tidak suka memakai produk yang menyebabkan kulit berminyak terutama ketika tidur.”

Nak Kecantikan Terjamin? Tidur Je!

“Tidur yang berkualiti dan secukupnya adalah salah satu cara saya menjaga kecantikan kulit ketika kesuntukan masa.

“Tidak perlu memakai apa-apa produk kerana kulit akan kekal sihat dan bersinar secara natural.”

“Saya gemar berada di dalam bilik sambil menikmati haruman aromaterapi. Salah satu haruman kegemaran saya ialah pudina yang dapat membuatkan saya rasa segar dan tenang sepanjang tempoh me-time.

“Saya elakkan melihat telefon bimbit sebelum tidur. Begitu juga selepas bangun tidur saya tidak akan melihat telefon bimbit dalam 20 minit.

“Saya juga akan tidur secukupnya. Tak dinafikan hendak mendapatkan tidur yang berkualiti dan secukupnya agak sukar. Namun saya sentiasa berusaha jika ada peluang masa. Dengan amalan tersebut saya dapat melihat perubahan terutama pada kulit wajah.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Sumber Foto: Instagram Sherry Ibrahim

Comments

Leave a Reply