Aktres cantik Indonesia yang baharu bergelar mualaf, Celine Evangelista baru-baru ini mencuri perhatian ramai setelah memuat naik video yang menunjukkan dirinya memakai abaya dan burka di tanah suci Mekah.
Kredit Foto: celine_evangelista
Video tersebut disertakan dengan huraian syahadah di ruangan kapsyen membuktikan dirinya telah memeluk Islam dan bergelar mualaf.
View this post on Instagram
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah,” tulis Celine dalam kapsyen muat naiknya.
Abaya & Burqa
Dalam video yang dikongsikan, ibu kepada empat anak ini kelihatan sangat anggun memakai abaya dan burka biarpun ringkas.
Celine memakai abaya longgar serba putih dari @hijabsabine. Berkonsepkan minimalis tanpa perincian berlebihan memberikan kesan bersih dan segar.
Banjir Pujian
Melengkapkan penampilannya, Celine menggabungkan abaya putihnya dengan tudung labuh atau khimar rona senada.
Pemilihan warna monokrom mengukuhkan lagi kesan keanggunan dan keharmonian penampilannya. Celine turut memakai burqa yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya.
Bukan sahaja gaya fesyennya menarik perhatian, muat naik Celine turut dipenuhi dengan doa, sokongan dan harapan daripada warga maya.
Keputusan Celine memeluk Islam disambut baik dengan rasa terharu dan gembira. Mereka memberikan sokongan dan mendoakan Celine agar kekal istiqamah.
Tangisan Kebahagiaan
Celine tidak dapat mengawal air matanya saat mencium Kaabah buat kali pertama. Detik emosi ini menjadi simbol perjalanan rohaninya yang bermakna.
Keputusannya untuk memeluk Islam bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi kepercayaannya membawa kebahagiaan yang mendalam.
Celine turut berpesan kepada para pengikut dan peminatnya agar tidak mengungkit perkara buruk atau aibnya pada masa lalu di media sosial.
Untuk info, Celine Evangelista memeluk Islam selepas bercerai dengan aktor Stefan William pada Oktober 2021.
Celine merupakan seorang pelako, penyampai, penyanyi dan model Indonesia. Pemilik nama penuh Celine Evangelista Monica Maureen Ricci ini berusia 33 tahun dan dilahirkan di Itali.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.