Penyanyi versatil, Mimi Fly menzahirkan keterujaan apabila mengumumkan bahawa single raya terbaharunya yang berjudul Serumpun bakal menemui peminat pada hari ini.
Selain itu, Mimi juga meluahkan rasa syukurnya kerana dapat merasai semula ‘gelora’ kreativiti dalam dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Cipta Sejarah Lagi, Lagu Masing-Masing Tercalon Dalam Music Awards Japan!
“Saya sangat gembira, awak semua telah buat saya sangat gembira. Insya-Allah, lagu terbaharu saya akan menemui anda minggu ini juga.
“Seronok, saya rasakan sekarang seperti ‘my creative juice is back’. Jadi sementara dia ada, kita teruskan. Kerana ini semua datang dari Dia,” katanya kepada Remaja.
Menurut penyanyi lagu popular Angkat itu, dia percaya bahawa setiap inspirasi yang datang harus diteruskan dengan usaha yang penuh.
Mimi turut berkongsi rasa teruja dengan penerimaan peminat terhadap karya-karyanya.
“Bila inspirasi itu dah datang, kita usaha dan jalankan teruskan. Alhamdulillah, dengan sokongan semua peminat lagu saya juga.
“Itu membuatkan saya amat gembira kerana kita sebagai penyanyi tak tahu rezeki lagu itu boleh pergi sampai mana kan.
“Tapi bagi saya, dah sampai tahap ini yang saya nak buat sahaja sampailah kita puas,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Serumpun bakal dilancarkan pada malam ini, Jumaat, tepat jam 11.11 malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.