Zakat Fitrah Tak Sah Kalau Makan Beras Mahal Tapi Bayar Ikut Beras Murah

Zakat fitrah merupakan kewajipan setiap Muslim sebagai tanda penyucian diri dan harta sebelum menyambut Aidilfitri.

Ia perlu dibayar mengikut harga beras yang biasa kita makan.

Dalam hal ini adalah tidak sah zakat fitrah seseorang individu yang memakan beras mahal seperti beras basmathi namun membayar kadar zakatnya berdasarkan beras biasa.

Menjelaskan perkara itu, penceramah  terkenal Ustaz Azhar Idrus berkata, sekiranya memakan beras mahal wajib seseorang itu membayar zakat berdasarkan apa yang dimakannya.

Sebagai contoh katanya, jika kadar zakat fitrah bagi mereka yang memakan beras basmathi adalah RM21 setiap seorang, maka wajib dia membayar dengan amaun tersebut.

“Manakala, jika seseorang itu makan beras mahal dan juga ada ketikanya makan beras murah, maka kena lihat yang mana dia lebih banyak makan.

“Jika lebih banyak makan beras mahal maka wajib zakat fitrah dibayar untuk beras yang mahal. Jika banyak yang murah, bayarlah mengikut kadar zakat beras murah.

“Bagaimanapun, jika dia ragu-ragu sama ada banyak makan yang mahal atau yang murah, adalah disunatkan bayar zakat fitrah dengan kadar yang mahal,” katanya.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, kita tidak sepatutnya berkira untuk membayar zakat fitrah kerana kadarnya adalah rendah dan ia adalah setahun sekali.

“Jika kita bayar zakat RM7, bagilah RM10 yang lebih itu kira sedekah kerana Allah simpan di sisiNYA sedekah itu jadi sebesar Gunung Uhud,”ujarnya.

Dalam pada itu bagi yang tinggal di negeri Selangor berikut adalah kadar bayar zakat fitrah tahun ini mengikut harga beras yang dimakan.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus 

Artikel berkaitan: Jangan Memandai Bayar Zakat Fitrah Untuk Ibu Bapa, Hukumnya Tidak Sah


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply