Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri, sekali lagi mengharumkan nama industri muzik tempatan apabila lagu Masing-Masing yang dinyanyikan bersama Ade Govinda berjaya dicalonkan dalam pusingan pertama Pilihan Pendengar Terbaik di Music Awards Japan.
Ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan kerana lagu tersebut bukan sahaja bersaing dengan karya-karya hebat dari seluruh dunia, tetapi turut berjaya menempatkan diri dalam kalangan lagu-lagu antarabangsa seperti APT., Die With A Smile, dan Espresso.
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri & Syamel Hargai Tugas, Kepentingan Pihak Media Dalam Perkembangan Karier Seni
Dengan pencalonan ini, Masing-Masing turut dicalonkan dalam kategori Best Song Asia, bersama dua lagi lagu popular dari Malaysia iaitu SAH dan Sinar Pelangi.
Ketiga-tiga lagu ini mewakili Malaysia dalam Music Awards Japan yang bakal berlangsung pada bulan Mei ini. Bukan hanya satu, tetapi dua kategori penting iaitu Best Song Asia dan Rantau Asia membuka peluang besar buat karya muzik tanah air untuk dinobatkan di pentas antarabangsa.
Pencapaian ini pastinya memberikan sinar baru dalam perjalanan karier Ernie Zakri, yang kini semakin dikenali di serata dunia.
Lagu Masing-Masing adalah antara karya yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan dan antarabangsa, sekali gus membuktikan bahawa karya seni Malaysia mampu menembusi pasaran global.
Cara pengundian akan diumumkan nanti dan peminat boleh mengikuti perkembangan terkini melalui platform media sosial rasmi Ernie Zakri dan Music Awards Japan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.