Ibu Dedah Mengapa Beyonce Tidak Lagi Muncul Sebagai Pelakon

Siapa tak kenal Beyonce, ikon muzik global yang bukan sahaja hebat di pentas nyanyian tetapi juga hebat mencipta nama dalam dunia lakonan.

Biarpun tidak pernah memenangi mana-mana anugerah lakonan berprestij namun bakatnya tetap mendapat pujian ramai. Dari Carmen: A Hip Hopera ke Dreamgirls sehingalah penanannya dalam Cadillac Records, membuktikan dia bukan sekadar sekadar pelakon biasa.

Kali terakhir ibu kepada tiga cahaya mata ini berlakon memainkan watak fiksyen adalah menerusi filem thriller, Obsessed pada 2009. Selepas itu, namanya seakan-akan ‘hilang’ dari layar perak.

Tina Knowles Bongkar Rahsia

Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di Instagram, ibu Beyonce, Tina Knowles, berkongsi video Beyonce menyanyikan lagu klasik Etta James, I’d Rather Go Blind, dari filem Cadillac Records dan menceritakan tentang penmpilan terakhir anaknya dalam dunia lakonan.

“Saya terjumpa ini dalam feed saya. Saya mendengarnya berkali-kali. Ini masih salah satu filem kegemaran saya dan ia membuatkan saya rindu kerana anak saya memutuskan untuk tidak lagi berlakon dalam filem,” tulisnya.

Ternyata keputusan untuk tidak lagi berlakon dibuat sendiri oleh pelakon itu dengan memutuskan untuk tidak lagi muncul dalam mana-mana filem memainkan karakter fiksyen secara langsung.

Fokus Pada Muzik

Dalam hantaran itu juga, Tina mendedahkan sesuatu yang cukup menyentuh hati. Beyoncé bukan sahaja memberikan lakonan terbaik dalam filem tersebut, malah dia juga mendermakan keseluruhan gajinya kepada Phoenix House, sebuah organisasi pemulihan dadah.

Tindakan ini dibuat kerana Beyoncé mahu lebih memahami pergelutan hidup Etta James, ikon muzik yang pernah berdepan masalah ketagihan dadah.

Biarpun begitu walaupun tidak lagi berlakon memainkan watak lain secara langsung sejak 2009, Beyonce pernah meminjamkan suaranya kepada karakter Nala dalam filem  animasi The Lion King pada 2019 dan 2024.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply