30 Hari Air Tangan HALIZA MAYSURI Kongsi Menu Istimewa Dengan Sentuhan Kasih Sayang

Selain sukses dalam dunia perniagaan, jutawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri juga hebat di dapur.

Kelazatan ‘air tangan’ wanita berinspirasi ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Kredit Foto: halizamaysuri

Selain rajin memasak, Haliza sering menjamu rakan-rakan rapat termasuk kakitangannya dengan menu-menu istimewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haliza Maysuri (@halizamaysuri)

Kebanyakannya adalah menu kampung yang disediakan dengan penuh ikhlas dari jiwa dan penuh kasih sayang.

Secara tidak langsung, ia turut menjadi terapi jiwa buat ibu kepada dua cahaya mata ini setelah seharian menguruskan hal-hal berkaitan bisnes.

Kongsi 30 Resipi Sepanjang Ramadan

Kreativiti dan kepakarannya dalam masakan divisualkan dalam bentuk video yang dimuat naik di akaun Instagram Bawal Exclusive.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bawal Exclusive Official (@bawalexclusive)

“Memperkenalkan 30 Hari Resepi Air Tangan Haliza Maysuri – sebuah rancangan khas sepanjang Ramadhan di mana Pn. Haliza Maysuri berkongsi resepi istimewa dengan sentuhan kasih sayang!”

Berlatarkan ruang dapur mewah kediaman miliknya, Haliza beraksi di hadapan kamera dengan reaksi wajah ceria yang tak lekang dengan senyuman.

Food Meets Fashion

Menariknya lagi, dalam setiap episod Haliza akan tampil cantik dengan berbaju kurung moden dan bertudung bawal jenamanya sendiri. Nampak eksklusif!

Sehingga artikel ini ditulis, jumlah resepi yang telah dikongsi oleh Haliza ialah sebanyak 10 jenis iaitu Udang Masak Mentega, Sambal Sotong, Ketam Telur Masin, Ikan Siakap Sweet Sour, Gulai Kambing, Ayam Ungkep, Udang Buttermilk, Sotong Goreng Kunyit, Gulai Lemak Ketam Cili Api bersama Nanas dan Ikan Kurau Sambal Berlado.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bawal Exclusive Official (@bawalexclusive)

Masha-Allah, terasa kecur semuanya! Yang penting senang dimasak dan bahan-bahannya pun mudah dicari.

Resepi pertama pada Episod 1: Udang Masak Mentega. Sedapnya!

Semoga Haliza Maysuri terus berkongsi rezeki dan dikurniakan pahala yang berterusan.

BACA JUGA: “Saya Tak Pernah Berdoa Minta Kaya Tapi Nak Zakat Bertambah” HALIZA MAYSURI

BACA JUGA: 11 Info Menarik Tentang Busana ‘Mewah’ HALIZA MAYSURI Pada Ulangtahun Kelahirannya Yang Ke-47

Comments

Leave a Reply