Berkebaya & Bertudung Serlah Kecantikan Asli AISHA RETNO Anak Kacukan Melayu-Arab-Jawa

Baru-baru ini pencipta lagu yang juga penyanyi muda berbakat besar, Aisha Retno berkongsi di platform media sosialnya di mana dia menghadiri satu majlis ilmu anjuran selebriti tersohor, Neelofa.

Kredit Foto: aisharetno02

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pendakwah ternama, Ustaz Wadi Annuar.

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, dia berasa sangat teruja kerana itu adalah pengalaman kali pertamanya menghadiri majlis usrah bersama rakan-rakan selebriti lain.

Pengalaman itu mencetuskan rasa teruja bagi Aisha.

Penampilan manis dan sopan Aisha yang popular dengan lagu berjudul Ketipak Ketipung Raya dan Sutera ini tuai pujian peminat dan pengikutnya.

Malah, ada yang mendoakan agar AIsha terus istiqamah memakai tudung.

Berketurunan Arab-Jawa

Berketurunan Melayu, Arab dan Jawa memberi kelebihan kepada Aisha.

Untuk info, ibu Aisha yang dikenali sebagai Jean Retno Aryani merupakan seorang penyanyi veteran Indonesia.

Manakala bapanya, Sayed Sipulijam Sayed Alwee seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kelantan.

BACA JUGA: “Yang Perempuan Tengok Pun Jatuh Cinta” Pertama Kali Hadiri Usrah, Penampilan Bertudung AISHA RETNO Tuai Pujian

Padanlah cantik dan manis sangat orangnya. Ditambah pula dengan kulitnya yang putih cerah serta susuk tubuh yang tinggi lampai melengkapkan pakej yang ada pada Aisha.

Manis Bertudung & Berkebaya

Terbaharu, Aisha sekali lagi tampil ayu berkebaya dan bertudung di sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ini anjuran salah sebuah jenama produk penjagaan diri dan wangian kediaman terkenal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Momen tersebut turut dikongsi oleh Aisha di Instastory miliknya.

Menyarungkan kebaya pendek dengan sentuhan elemen Jawa pada bahagan kainnya menyerlahkan kecantikan asli Aisha sebagai gadis Melayu berketurunan Jawa.

Aisha memilih kebaya rona putih polos sedondon dengan selendang yang digayakan ringkas. Nampak segar dan manis sangat!

Wajahnya yang putih bersih diserikan dengan solekan tipis namun diserlahkan lagi dengan gincu merah di bibir.

Semoga suatu hari nanti Aisha terbuka hati untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Comments

Leave a Reply