Wow, merah menyala Che Ta! Tetap tak dimamah usia walaupun baru sahaja genap 52 tahun pada 9 March baru-baru ini.
Kredit Foto: rozitachewan1
Tetap ‘Gorgeous and Stunning!’
Che Ta memuat naik beberapa hantaran di Instagramnya di mana dia menyarungkan dress merah polos senada dengan rona tudung rekaan pereka fesyen tersohor tanah air, Ezuwan Ismail.
Kredit Foto: rozitachewan1
Tetap gorgeous and stunning! Dress pun terletak molek saja di tubuhnya yang langsing bak anak dara.
Merah Cetus Semangat Baharu
Dalam hantaran yang sama, Che Ta turut berkongsi beberapa pose paling anggun dengan senyuman menawan.
Kredit Foto: rozitachewan1
Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Abu Bakar kelihatan berani dan yakin dengan rona merah sekaligus mencetuskan semangat baharu buat dirinya.
“Another year older and wiser” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Bagi isteri kesayangan Zain Saidin ini, penuaan itu satu keistimewaan yang perlu disyukuri.
“Aging is a privilege, not a curse.”
Kredit Foto: rozitachewan1
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut serta peminat menitipkan ucapan dan doa buat Che Ta.
Tidak ketinggalan, mereka turut memberi kata-kata semangat buat selebriti dan usahawan jelita ini agar terus kuat menghadapi dugaan.
Kredit Foto: rozitachewan1
Bahagia Bersama Keluarga
12 tahun bergelar suri hati kepada pelakon tampan Zain Saidin, Che Ta atau nama komersilnya Rozta Che Wan bertuah kerana memiliki seorang suami yang cukup setia dan romantk.
Kredit Foto: rozitachewan1
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang sangat comel serta pandai bergaya, saling tak tumpah ibunya.
Kredit Foto: rozitachewan1
Sementara hasil perkahwinan terdahulu, Che Ta dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ammar Efendy dan Aniq Ezra.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.