Jenama fesyen popular dari Jepun, UNIQLO menamakan pelakon, penyanyi dan pencipta lagu, Daiyan Trisha sebagai Penyokong Jenama (Brand Advocate) pertamanya di Malaysia.
Daiyan, 31 bukanlah wajah asing bersama jenama UNIQLO dan sebelum ini pernah terlibat dengan projek-projek istimewa melibatkannya mempromosikan rangkaian pakaian serta aksesori mengikut musim keluarannya.
Sekaligus, pengikut serta peminat Daiyan yang setia menantikan penampilan fesyennya terutama di media sosial turut meminati untuk mendapatkan barangan dari UNIQLO.
Daiyan Trisha menggayakan koleksi UNIQLO LINEN musim bunga/panas 2025 dalam persalinan seluar berpotongan tapered.
Kolaborasi ini merupakan satu lagi tanda aras bukan sahaja untuk Daiyan selaku salah seorang fesyenista tempatan tetapi juga untuk jenama UNIQLO yang mempertaruhkan falsafah UNIQLO, ‘Made For All’ demi mendekati pembeli di Malaysia melalui keselesaan dan stail pemakaian seharian.
“Saya bangga untuk bekerjasama dengan UNIQLO dan menjadi sebahagian daripada jenama yang memberi fokus kepada keselasaan harian serta stail malar segar. LifeWear sentiasa menjadikan ‘fesyen’ itu mudah dan senang diakses (oleh semua pembeli) dan saya tidak sabar lagi untuk kongsikannya dengan lebih ramai rakyat Malaysia,” kata Daiyan.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Am UNIQLO Malaysia iaitu Daniel Pieter berkata, mereka turut berbangga untuk melantik Daiyan Trisha yang merupakan wajah popular dalam kalangan generasi kini. Bukan sahaja Daiyan menongkah arus dengan kejayaan kerjayanya malah berjaya mencuri hati peminat dengan personalitinya pula.
Sebagai Penyokong Jenama UNIQLO, Daiyan bakal mempertontonkan cara-cara penggayaan fesyen menggunakan helaian jenama tersebut dalam cara yang cukup versatil.
Terbaru, Daiyan muncul dalam kempen untuk koleksi Linen oleh UNIQLO dan melihatkan kepada foto-foto yang dilancarkan, Daiyan jelas merupakan pilihan selebriti yang tepat serta seiring dengan DNA jenama berkenaan.
Terdahulu, Daiyan pernah dilantik sebagai duta untuk beberapa jenama terkenal termasuklah Duta Kosmetik Jenama bagi jenama penjagaan kulit wajah SKINTIFIC pasaran Malaysia serta duta rangkaian vivo V30 Series oleh jenama telefon pintar, vivo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.