AYANA MOON Teruja Menikmati Masakan & Snek Jalanan Untuk Berbuka Puasa

Siapa yang tidak kenal dengan Ayana Jihye Moon, selebriti dan model Muslim Korea Selatan yang dikenali umum selepas membuat keputusan untuk memeluk Islam pada 2012.

Kredit Foto: xolovelyayana

Ramadan kali ini, Ayana dilihat menikmati masakan dan snek tradisi Indonesia iaitu cilok yang sangat digemari ramai.

Ketika berbuka puasa, Ayana bukan sahaja menunjuklkan kecintaannya terhadap makanan tempatan, malah turut mempamerkan keakrabannya dengan masyarakat setempat.

Dengan wajah yang ceria, Ayana membeli snek ringan daripada peniaga tepi jalan yang mencetuskan suasana mesra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana)

Ayana menulis, “Sebelum solat Tarawih ke-3, saya nak beli jajan #cilok.”

Dengan perkongsiannya itu, Ayana turut mengajak para pengikutnya di media sosial untuk berkongsi menu berbuka puasa masing-masing.

Teroka Cita Rasa Masakan Indonesia

Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sebagai public figure, Ayana tetap meluangkan masa untuk menikmati pelbagai juadah kulinari khas Indonesia.

Kredit Foto: xolovelyayana

Ketika berbuka puasa, Ayana kelihatan sangat menikmati snek kegemarannya yang dibeli daripada peniaga kaki lima.

BACA JUGA: Elak Ambil 5 Makanan Ini Kalau Nak Kulit Sihat & Cantik Persis AYANA MOON

Sambil tersenyum lebar, Ayana kelihatan ceria apabila menjamah cilok yang dihidangkan bersama sos cili api.

Kredit Foto: xolovelyayana

Detik ini memberi peluang kepada Ayana untuk merasai kehangatan bulan Ramadan di Indonesia yang sentiasa dirinduinya.

Suasana Meriah Pada Waktu Malam

Melihat kepada gambar-gambar Ayana yang dimuat naik di platform media sosial menunjukkan suasana malam yang cukup meriah. Bunyi lalu lintas kenderaan menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Ayana kelihatan mesra dengan penjual kaki lima lantas menggambarkan keakraban dan kemesraan yang terjalin. Detik ini sangat berharga di mana Ayana menunjukkan sisi lain dalam hidupnya sebagai contoh masyarakat.

Keterujaan Sebelum Tarawih

Dalam hantaran di Instagram, Ayana memberitahu dia membeli snek kegemarannya itu sebelum menunaikan solat Tarawih ketiga.

Kredit Foto: xolovelyayana

Kredit Foto: xolovelyayana

Ayana turut menjemput pengikutnya untuk berkongsi menu berbuka mereka. Ini menunjukkan wujudnya interaksi mesra di aantara Ayana dan pengikut-pengikut.

Bersederhana Ketika Berbuka Puasa

Biarpun dikenali sebagai public figure, Ayana tetap memilih juadah ringkas untuk berbuka puasa. Ini menunjukkan kecintaan Ayana terhadap makanan tempatan dan budaya Indonesia.

Ayana percaya kesederhanaan adalah kunci kebahagiaan terutama ketika berbuka. Dia sering memilih makanan yang mudah diperolehi seperti cilok yang menjadi kegemarannya.

Interaksi Dengan Peniaga Kaki Lima

Ayana kelihatan cukup mesra apabila berbual dengan para penjual kaki lima. Detik ini menggambarkan keakrabannya dengan masyarakat dan tabiatnya menikmati makanan ringan tradisional di sekelilingnya.

Interaksi ini menunjukkan Ayana bukan sekadar membeli makanan bahkan menghargai usaha peniaga kaki lima yang bertungkus-lumus memenuhi keperluan orang ramai.

 

Comments

Leave a Reply