Tampil Dengan Imej Syar’i NATASHA RIZKY Buktikan Keanggunan Tak Perlu Berlebihan

Setiap orang pastinya memiliki perjalanan hidup yang menyimpan kisah tersendiri. Pelakon, penulis, penyampai serta model terkenal Indonesia Natasha Rizky memilih untuk mengabadikan kisah hidupnya dalam bentuk puisi.

Kredit Foto: natasharizkynew

Baru-baru ini Natasha mengeluarkan buku berjudul ‘Ternyata Tanpamu’ yang mengisahkan perjalanan emosinya tentang kehilangan, harapan dan makna baru dalam hidup.

Detik pelancaran buku tersebut penuh dengan emosi terutama dengan kehadiran keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Natasha Rizky Pradita (@natasharizkynew)

Antara yang mencuri perhatian ialah penampilan Natasha yang anggun dengan imej mengikut syariat.

Anggun Menutup Aurat

Natasha Rizky memilih untuk menyarungkan pakaian mengikut syariat berupa sut berwarna coklat. Gaya pakaian yang dipakainya memberi kesan anggun dan menenangkan, amat sesuai dengan suasana penuh bermakna.

Material potongan yang longgar, selesa dan flowy menjadikan penampilan Natasha kelihatan cukup mempesona. Sebagai pelengkap, Natasha memilih tudung warna sedondon yang menambahkan kesan harmoni secara keseluruhannya.

Kredit Foto: natasharizkynew

Kesederhanaan yang ditekankan sebenarnya adalah tarikan tersendiri dan keanggunan tidak perlu berlebihan. Para tetamu memuji penampilan Natasha yang masih boleh bergaya walaupun mengikut syariat.

Solekan Natural Pancar Aura Positif

Selain pakaiannya yang mencuri perhatian, solekan Natasha turut meraih tumpuan. Natasha mengenakan solekan natural memberikan kesan segar, glowing dan sihat.

Kredit Foto: natasharizkynew

Gincu rona semula jadi melengkapkan penampilan keseluruhan Natasha menyerlahkan lagi aura lembut dan positif. Ramai yang memuji penampilan Natasha yang begitu berseri tanpa perlu banyak penambahan pada solekan.

Buku Koleksi Puisi

Buku berjudul ‘Ternyata Tanpamu’ bukan sekadar koleksi puisi biasa. Di dalamnya, terdapat kisah-kisah penuh makna, menggambarkan pelbagai perasaan yang mungkin dirasai ramai orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Natasha Rizky Pradita (@natasharizkynew)

Natasha menulis dari jiwa membawa pembaca dalam perjalanan emosi tentang kehilangan, penerimaan, dan kekuatan dalam meneruskan. Tema-tema yang dibangkitkan dalam buku tersebut juga terasa begitu dekat dengan kehidupan sebenar sehingga pembaca dapat mencari sebahagian daripada diri mereka dalam setiap ayat.

Kredit Foto: natasharizkynew

‘Ternyata Tanpamu’ adalah bentuk ekspresi Natasha dalam meluahkan apa yang mungkin sukar untuk diungkapkan secara langsung iaitu mengingat, menyerap dan akhirnya melepaskan.

BACA JUGA: Bermula Sebagai Model Majalah, Selebriti NATASHA RIZKY Kini Sukses Sebagai Usahawan

Comments

Leave a Reply