
SEPANG – Tindakan memaparkan notis berunsur perkauman di sebuah gerai menjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang, disifatkan sebagai tidak mencerminkan nilai perpaduan rakyat Malaysia.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, menegaskan bahawa melabel sesuatu kaum dengan istilah menghina adalah tidak boleh diterima dan bertentangan dengan prinsip keharmonian negara.
“Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Setiap individu berhak dilayan dengan hormat tanpa diskriminasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad
Menurutnya, insiden sebegini tidak mewakili keseluruhan sesuatu kaum, sebaliknya hanya melibatkan segelintir individu yang bersikap ekstrem dan rasis.
“Jangan biarkan tindakan segelintir ini merosakkan hubungan antara kaum yang telah lama terjalin,” ujarnya.
Beliau turut menyeru semua pihak supaya kekal tenang dan tidak memperbesarkan isu ini sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.
“Islam mengajar kita untuk saling menghormati dan bertindak dengan kasih sayang, bukan kebencian,” ujarnya
Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan menyemai semangat perpaduan dan sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.