“Bila Langsing Nampak Lebih Muda” BONDA ROZITA Tetap Jaga Kecantikan & Kesihatan Tak Kira Usia

Semakin langsing dan ramping! Itu kata-kata yang boleh menggambarkan penampilan terkini ibu kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri ini. Bonda Rozita atau nama penuhnya Rozita Ibrahim kini kelihatan semakin cantik dan awet muda.

“Kena Kekal ‘Maintain‘ Bila Dah Lanjut Usia”

Kredit Foto: bondarozitaibrahim

Bonda Rozita sering berkongsi kata-kata motivasi khususnya sebagai usahawan di Instagram miliknya.

Bonda Rozita pernah memuat naik satu hantaran di mana dirinya masih boleh menggayakan baju raya 20 tahun yang lepas dan menjelaskan usia bukan halangan untuk seorang wanita mengekalkan kesihatan dan kecantikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)

Baju raya 20 tahun lepas, tempoh usia kita makin berkurangan…kesihatan dan kecantikan semakin merudum. Bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 years dulu …

“Parents saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolesterol susah kawal dietlah macam mana pun…Akhirnya bonda ada fatty liver. Saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan! Semakin drop kesihatan saya.

Kredit Foto: bondarozitaibrahim

Kredit Foto: bondarozitaibrahim

“Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar tulang, jantung…hampir setahun cari solusi kesihatan saya.

“Akhirnya saya tahu punca disease saya itu dari pemakanan dan saya tak bersenam dan kurang cahaya matahari…” ulasnya di ruangan kapsyen.

BACA JUGA: Ligat Uruskan Bisnes YATIE KAMARZAMAN Tetap All Out Berfesyen “Awet Muda Sangat!”

Comments

Leave a Reply