Pelakon cantik, Nora Danish baru sahaja berkongsi di Instagramnya berita pemergiannya ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Perkongsian pertama Nora di Instagram tentang kisah pengorbanan srikandi Islam Siti Hajar r.a yang sentiasa diuji sepanjang hidupnya.
Kredit Foto: noradanish
Nora berkongsi video pendek ketika dia bersama jemaah umrah.
View this post on Instagram
“Siti Hajar r.a sentiasa diuji sepanjang hidupnya.
“Beliau bukan sahaja diuji di dalam rumahnya dan diuji dengan suaminya, tetapi juga diuji pada anaknya.
“Pengorbanan Siti Hajar membuktikan betapa tingginya tahap keimanan , kesabaran dan cintanya pada Allah. Beliau adalah mukminah yg berakhlak mulia dan mempunyai sifat tawakal yg sgt MasyaAllah.
“Mari kita berdoa agar di beri sedikit daripada sifat taqwanya.”
PAKAI ABAYA NUNHA
Usai ibadah umrah, Nora memuat naik hantaran kedua dengan kapsyen “Alhamdullilah, Syukur Ya Allah, selesai Umrah.”
Selain dihujani ucapan dan doa, para pengikut dan peminatnya turut tertarik dengan abaya jenama Nunha yang dsarungkan oleh Nora ketika itu.
View this post on Instagram
“@nunha in Mecca”
Penampilan Nora yang kelihatan cukup segar dan manis ketika berada di sebuah kafe bersama seorang rakan umrahnya menarik perhatian Neelofa lalu meninggalkan kata-kata di ruangan komen.
Kredit Foto: noradanish
Kredit Foto: noradanish
Neelofa: “The very first piece of Maisara, worn in Mecca by the most special person. Alhamdulillah, thank You, Allah.”
BACA JUGA: Nampak Semakin Remaja Sejak Berhijab NORA DANISH Selesa Pilih Outfit Ringkas & Longgar
Ramai yang membalas komen Neelofa itu dan mereka turut berminat dengan abaya koleksi terbaharu Neelofa itu.
puteri4k: “@neelofa how can i get Maisara? I couldn’t find it on your website?”
enitaariffin: “launching in Ramadan”
arynmelly: “@neelofa Assalamualaikum.. the new pleats are beautiful secocok dengan si pemakainya. will await patiently for the launch of Maisara.”
Terbaharu, Nora memuat naik hantaran dengan kapsyen memuji seni bina Mekah yang dikaitkan dengan ketenangan jiwa.
View this post on Instagram
Semoga urusan ibadah Nora dimudahkan sepanjang berada di tanah suci.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.