Timang Anak Kedua, Bekas Aktres India SANA KHAN Kongsi Video Istimewa Berlatarkan Bacaan Ayat Al-Quran

Biarpun Sana Khan secara rasminya telah bersara dari dunia Bollywood, bekas aktres ini sentiasa menjadi tumpuan.

Kredit Foto: sanakhaan21

Sana Khan, yang telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lebih setahun, baru-baru ini Sana Khan dikurniakan anak kedua yang dilahirkan pada 5 Januari 2025.

Suami Sana Khan yang merupakan seorang ulama terkenal iaitu Mufti Anas Saiyad turut menyambut kelahiran anak kedua mereka dengan gembira.

Kredit Foto: sanakhaan21

Kongsi Berita Gembira Di Media Sosial

Menerusi media sosial, Sana dan Mufti berkongsi berita gembira itu kepada para pengikut mereka.

Melalui laman Instagramnya, Sana Khan berkongsi video istimewa mengumumkan kelahiran anak keduanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saiyad Sana Khan (@sanakhaan21)

Klip ‘comel’ itu menampilkan pelbagai elemen seperti belon, istana, payung terjun, pita dan pelbagai barangan hiasan lain dalam rona biru dan putih, serta bunyi latar belakang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

BACA JUGA: Aktres India SANA KHAN Kini Cantik Berhijab, Ada Butik Muslimah & Spa Kecantikan Sendiri

Mendedahkan bahawa anak kecil mereka dilahirkan pada 5 Januari 2025, Sana Khan berkongsi berita itu dengan nota dalam video.

Kredit Foto: sanakhaan21

“Kami sangat gembira untuk berkongsi berita gembira kelahiran putera kecil kami! Abang Tariq Jamil, dengan penuh kegembiraan menyambut kelahiran adik lelakinya!” tulis Sana Khan.

Pohon Doa

Menggelar diri mereka sebagai ‘ibu bapa bangga’, tambah Sana dalam video itu.

Kredit Foto:

“Berkatilah kami untuk membesarkannya dengan kebaikan dan kebenaran, dan jadikanlah dia salah seorang hamba-Mu yang beriman,” tambahnya.

Sementara itu, Sana Khan turut meluahkan rasa gembiranya dalam kapsyen foto tersebut.

Selepas muat naik itu, ramai rakan menitipkan ucapan tahniah kepada Sana Khan dan suami.

Untuk info, nama Sana Khan mula mendapat perhatian dan kemasyhuran setelah berjaya bergelar Naib Juara dalam rancangan Salman Khan iaitu Bigg Boss 6.

Kredit Foto: sanakhaan21

Kredit Foto: sanakhaan21

Bagaimanapun, pada tahun 2020 Sana Khan mengumumkan persaraannya daripada Bollywood dan industri hiburan.

Sana Khan berkahwin dengan ulama Mufti Anas Saiyad pada 21 November 2020. Mereka dikurniakan anak pertama, Saiyad Tariq Jamil pada 5 Julai 2023.

Comments

Leave a Reply