Kerat Serai Bahagian Bawah, Trik Mudah Tanam Serai Cara Jimat

Serai antara bahan utama dan sering rakyat Malaysia gunakan untuk memasak di dapur.

Jadi, tentu ramai antara kita yang gemar menanam pokok ini di kawasan rumah. Nampak senang nak tanam serai tapi jika salah teknik, bukan sahaja tidak merimbun tapi pokok pun jadi mudah kering dan tak subur.

Ini 3 langkah mudah, dari sebatang serai boleh dibuat masak dan juga untuk ditanam.

1. Ambil serai dan potong bahagian bawah (gambar) kemudian rendam dalam sedikit air. Bahagian atas bolehlah digunakan untuk memasak.

2. Bahagian bawah yang dipotong dan direndam itu akan tumbuh akar baru (seperti dalam gambar)  dalam masa dua atau tiga hari.

3. Bila pucuk tumbuh bolehlah terus ditanam dalam pasu atau di halaman rumah. Dalam pada itu mengikut panduan, serai yang baru ditanam perlu disiram sehari sekali, selama tujuh hari selepas ditanam.

Jika ada ilmu cara yang betul menanam serai ini, dapatlah jimat duit belanja dapur. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.

Sumber: Deko Viral

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply