Makanan, minuman tinggi gula kalau anak makan selalu otak jadi kecut, doktor kongsi bahaya gula. Pengambilan gula dalam minuman mahupun makanan akan memudaratkan kesihatan diri.
Makanan, Minuman Tinggi Gula Kalau Anak Makan Selalu Otak Jadi Kecut
Maka sebab itulah ramai doktor serta pakar nutrisi menasihati agar kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan.
Gula yang berlebihan boleh memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan diri terutama untuk anak kecil. Ikuti perkongsian ini.
Doktor Kongsi Bahaya Gula
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu. Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
View this post on Instagram
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak.
Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut
Roti
Aiskrim
Jus buah
Jem
Bar coklat
Cereal
Keropok
Pes pasta
Sos
Kicap
Sos tiram
Pes masakan
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.
Kita cuba sama-sama ya, InsyaAllah.
Kredit: Dr.mazliana.mazlan
Baca artikel lain juga: Sambal Ikan Versi Baby, Masih Sedap Walaupun Tanpa Gula Dan Garam. Sedap Berkhasiat!
Saiz Comel Tapi Bahaya, Dikhuatiri Ada Pemanis Tiruan, Elak Beli Baby Nenas Untuk Anak!
Asyik Nak Makan Gula-Gula & Makanan Manis, Boleh Beri Kesan Buruk Pada Anak, Kurangkan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.