Pan Mee Sup menu ringkas yang boleh disediakan di rumah. Nak buat makan malam memang sesuai sangat. Rasa dia pun sedap macam makan kat kedai.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapatkan, makan pula dengan sup jernih ada pucuk manis dan cendawan hitam, sungguh menyegarkan.
Pan Mee Sup ni juga sesuai makan dengan chilli oil. Kalau tak ada buat cili kicap pun sedap. Ada pula topping daging yang enak tu, lengkap lah hidangan makan malam bersama keluarga.
Pan Mee Sup
BAHAN-BAHAN:
Pan Mee
Ikan bilis hitam
Bawang putih
Pucuk manis
Garam halus
BAHAN-BAHAN TOPPING DAGING
Daging cincang
Bawang puting ditumbuk halus
2 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
Minyak masak
Cendawan hitam – rendam dan carik
1 kiub ayam
Garam halus
CARA-CARA:
- Pertama sekali rebus air ikut banyak mana kuah yang anda nak. Kemudian masukkan ikan bilis hitam yang telah dicuci bersih.
- Tak perlu tunggu mendidih terus masukkan pula bawang putih yang dipotong seperti dalam gambar. Tak perlu buang kulit hanya potong dua sahaja. Tapi sebelum tu basuhlah bersih-bersih sebuku bawang terlebih dahulu.
- Seterusnya masukkan sedikit garam.
- Reneh kesemua bahan dalam 10minit. Kemudian tutup api dan bahagi dua kuah dengan toskan ikan bilis dan bawang.
- Masukkan pucuk manis ke dalam kuah yang dah ditoskan tadi ( tiada ikan bilis dan bawang). Panaskan dalam dua minit
- Ni pulak cendawan hitam. Yang bawah tu sebelum direndam…yang dalam mangkuk tu pulak selepas direndam, dibasuh dan diracik.
- Untuk buat topping daging, tumis bawang putih yang dicincang halus tadi.
- Bila bawang agak kekuningan masukkan pula daging cincang.
- Bila daging sudah agak masak..masukkan kicap pekat..kicap cair..cendawan..seketul kiub ayam dan sedikitttt garam. Masak sehingga ianya kelihatan agak kering.
- Ok siap. Macamnilah rupa topping daging setelah masak.
- Celur pan mee ..toskan. Curah kuah, tabur ikan bilis goreng, letak topping daging dan masukkan cili api potong.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Nazuhaina Azu
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Spicy Carbonara, Sesuai Untuk Yang Suka Pasta Citarasa Pedas. Masak Pun Mudah!
Cara Buat Mi Bandung Paling Senang, Tetamu Datang Mengejut Pun Tiada Masalah Nak Masak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.