Anak umur 2 tahun cara didik berbeza, sayang dan tegas mesti seimbang. Cara mendidik anak umur 2 tahun sudah tentu berbeza dengan anak umur setahun. Bermula umur inilah tahap usia emas atau ‘golden age’ seorang anak.
Anak Umur 2 Tahun Cara Didik Berbeza
Kenapa dikatakan ‘golden age’? Kerana ketika ini semua sisem pancaindera anak sudah sempurna dan aktif dan mereka mula menggunakan sepenuhnya otak.
Oleh itu penting sekali bagi ibu bapa untuk mengetahui bagaimana cara betul mendidik anak umur 2 tahun. Anak 2 tahun juga terkenal sebagai golongan kanak-kanak yang cepat mengamuk atau tantrum sehingga digelar oleh pakar perkembangan anak sebagai ‘terrible twos’.
Sikap mereka yang sukar dijangka dan difahami membuatkan ramai ibu ayah boleh hilang sabar melayan kerenah si kecil.
PERHATIAN DARI IBU BAPA PADA USIA KEEMASAN INI SANGAT DIPERLUKAN KERANA ANAK PADA UMUR 2 TAHUN INI MEMPUNYAI TAHAP INGIN TAHU YANG SANGAT TINGGI DAN DIBIMBANGI JIKA TIDAK DIBERI PERHATIAN BOLEH MENGANCAM KESIHATAN DAN KESELAMATAN MEREKA.
Ini antara tip mendidik anak umur 2 tahun yang disarankan oleh pakar perkembangan anak supaya tumbesaran mereka berjalan dengan baik.
Sayang & Tegas Mesti Seimbang
1. Ajar perkara rutin
Si kecil perlu diajar kebiasaan atau perkara rutin yang ‘simple’. Pada usia ini, anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa baik dari segi percakapan atau pun perbuatan.
Perkara rutin yang perlu diajar mestilah yang baik dan beradab seperti bersalam orang bila berjumpa, memberikan salam, membuang sampah di tong sampah, baca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun mereka belum lancar melakukannya tetapi rutin adab yang diajar itu akan terus diingati di otaknya dan diamalkan sampai dewasa.
2. Luangkan masa dengan anak
Walaupun sibuk dengan urusan kerja pastikan anda meluangkan masa dengan si kecil 2 tahun ini. Kurang perhatian dari ibu ayah antara punca anak umur 2 tahun ini suka mengamuk dan buat perangai. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu ayah sangat diperlukan.
Ia penting untuk membina ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa. Jangan sampai disebabkan sibuk bekerja anda terlepas momen tumbesaran anak. Beri perhatian terhadap setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak kerana ketika usia ini mereka sedang ‘kemaruk’ belajar bercakap dan berilah tindak balas dari setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak.
3. Dedahkan anak pada aktiviti luar
Selain menghabiskan masa di dalam rumah, dedahkan juga anak umur ini dengan dunia luar. Membuat aktiviti di luar rumah seperti bermain di taman permainan, bermain bola di padang atau sekadar beriadah di taman-taman memberi peluang kepada si kecil belajar banyak perkara.
Antaranya dia belajar mengenal alam semula jadi, berjumpa ramai orang dan bersosial dengan kawan-kawan sebayanya. Dengan cara ini, anak akan membesar sebagai orang yang lebih bersikap terbuka, pandai bergaul serta berkeyakinan.
4. Biarkan si kecil meluahkan perasaan
Oleh kerana pada usia ini keinginan anak untuk mengetahui banyak perkara adalah tinggi maka dia cuba untuk meluahkan melalui perbuatan atau ekspresi mukanya. Contohnya ketika menonton rancangan kartun di TV, dia mungkin ketawa yang menunjukkan dia faham dan suka dengan jalan cerita tersebut. Begitu juga kalau dia menunjukkan muka ketakutan, selidik apa yang menmbuatkan dia takut kerana anak mungkin tidak pandai lagi memberitahu hal sebenar.
5. Sentiasa jaga keselamatan anak
Jangan biarkan anak bermain sendirian kerana si kecil usia ini belum tahu erti bahaya tetapi keinginannya untuk mencuba semua perkara sangat tinggi. Anak umur 2 tahun biasanya menganggap semua objek yang ditemui adalah makanan dan mahu dimasukkan ke dalam mulut. Pengawasan terhadap anak yang masih berumur 2 tahun mesti dilakukan dengan teliti.
6. Jangan tengking dan marah anak
Mereka belum faham kalau ditengking atas kesalahan yang dilakukan. Si kecil tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah salah. Elakkan penggunaan kata-kata kesat dan teruk terhadap si kecil.
Ia hanya akan merosakkan jiwa dan emosi anak. Ingatlah sekali herdikan dan tengkingan yang anak terima akan menyebabkan million sel otaknya rosak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran kognitif, psikomotor anak. Cara terbaik untuk mengajar dan membetulkan kesalahan anak umur ini ialah dengan cara berlembut, perlahan, penuh kasih sayang dan tunjuk ajar.
Ingatlah anak umur 2 tahun masih kecil lagi dan baru melepasi fasa bayi. Walaupun mungkin fizikal mereka nampak sudah besar tetapi pemikiran mereka masih pendek.
Sikap ingin tahu yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mengawal emosi diri membuatkan mereka mudah mengamuk kerana tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan. Hanya kasih sayang dan perhatian dari ibu ayah sahaja yang mampu mendidik anak umur 2 tahun menjadi individu yang membesar dengan baik
Sumber: Muzakir Shukri
Baca artikel lain juga: Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin, Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi
Kanak-Kanak Umur 2 Tahun Jadi Perhatian Warganet, Wajah Comel Persis Anak Patung!
Tak Respond Pada Arahan Mudah Antara Simptom Anak Umur 2 Tahun Ada Masalah Speech Delay
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.