Sebut sahaja nama Fatimah The Family UK pasti sudah terbayangkan akan kepetahannya bertutur dialek Kelantan. Cukup lancar dan menghiburkan.
Malah Fatimah yang membesar di Birmingham, United Kingdom ini bersama ibu ayah dan adik beradiknya, Omar Mukhtar dan Ali sentiasa melekat dalam hati rakyat Malaysia.
Namun kini bila melewati Instagram keluarga ini, Fatimah dilihat terlantar di hospital sehingga menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat pempengaruh cilik ini.
Menurut perkongsian ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, Fatimah yang kini berusia 10 tahun ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham malah Fatimah juga dimasukkan ke hospital itu sejak Mac yang lalu.
“Tanda-tanda Fatimah sakit bermula daripada Januari lalu sebelum dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
” Beberapa kali keluar masuk hospital dan kali ini paling lama Fatimah di wad sejak dua bulan lalu selepas sambut Hari Raya Aidil Fitri di rumah.
“Keadaan Fatimah stabil. Dia okay tapi dia kurang selera makan dan lemah malah tidak seperti kebiasaannya kerana faktor kesihatannya,” katanya berkongsi.
Tak berahsia sakit anak, mohon doakan
Tidak berniat untuk menyembunyikan sakit Fatimah namun kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, keadaan dan sakit Fatimah akan dikongsikan bila tiba masanya nanti.
“Sebenarnya bukan rahsia mengenai penyakit yang dihidapi Fatimah. Tiada apapun yang hendak dirahsiakan tetapi masih belum masanya lagi untuk dikongsikan kepada umum.
“Ini kerana ada prosedur daripada pakar yang perlu diikuti selain menunggu nasihat mereka sebelum kami berkongsi mengenai perkara itu kepada Fatimah dan Ali.
“Apabila tiba masanya, insyallah kami akan kongsikan nanti kepada umum,” kongsinya lagi.
Jelas Nor Ashila lagi, dia amat bersyukur kerana masih ramai yang sentiasa prihatin malah mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.
“Saya tahu ramai yang sayangkan Fatimah, ramai yang menyokong keluarga kami. Walaupun berjauhan namun mereka mendoakan kami,” tambahnya lagi.
MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan
Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!
Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.