Fatiya Latiff Akui Hidap Skizofrenia -“Minta Maaf Kerana Telah Menyusahkan Ibu Dengan Penyakit Ini”

Pelakon sensasi, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menghidap penyakit Skizofrenia.

Pendedahan tersebut dikongsikan pelakon naskhah hit Ariana Rose itu menerusi sebuah coretan panjang lebar di entri Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Mental” -Fatiya Latiff Nafi Hidap Penyakit Mental

Dia bagaimanapun menitipkan penghargaan buat ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut telah membebankan keluarga.

“Kenyataannya, saya sangat memohon maaf kerana telah menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia. Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa.

“Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu,” katanya.

Menerusi perkongsian sama, Fatiya turut dilihat memuat naik gambar dirinya ketika berusia 23 tahun bersama ibu tercinta dan ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu Cantik Luar & Dalam…” -Pujian Ibu Tercinta Buat Zahirah Macwilson

“Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.

“Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Fatiya Latiff


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply