Awal Ashaari Titip Rasa Syukur, Akhirnya Allah Makbulkan ‘Impian’ Lama Jadi Kenyataan!

Impian pengacara popular Awal Ashaari untuk membuka sebuah kedai kopi, The Great Coffee Club akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya membuka cawangan pertama di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam, hari ini.

Awal berkata, kopi memiliki nilai sentimental kepada dirinya memandangkan air kegemaran ramai itu turut menyatukan hubungannya dengan isteri tercinta, Scha Al Yahya.

Minuman Kegemaran Sama, Tautkan Hati Awal & Scha

Tidak dinafikan waktu yang terluang bersama di sebuah kedai kopi boleh menyatukan dua hati menjadi satu. Begitu jua pasangan dua sejoli ini.

“Saya dan Scha memang penggemar kopi. Kalau nak ‘throwback’ kisah cinta saya bersama Scha dulu pun, kami selalu ‘dating’ di sebuah kedai kopi di Bangsar.

“Jadi boleh dikatakan kopi ini menyatukan saya dan Scha kerana kami berdua berkongsi air minuman yang sama.

“Malah setiap kali kami melancong ke luar negara, perkara pertama yang kami akan kunjungi adalah kedai kopi kerana nak rasa kelainan di setiap lokasi.

Kedai Kopi, Impian Yang Dah Jadi Kenyataan – Awal Ashaari

Memiliki sebuah kedai kopi, merupakan impian Awal yang akhirnya menjadi kenyataan. The Great Coffee Club yang dibuka secara rasminya pada dua tahun lalu ternyata masih mendapat sambutan dan mempunyai tempat istimewa dikalangan penggemar kopi.

“Saya sangat terharu dan beryukur kehadrat ilahi kerana impian yang dah lama saya tunggu, akhirnya menjadi kenyataan dan segala proses berjalan dengan pantas,” katanya.

Mengulas lanjut Awal berkata, dia memilih Shah Alam sebagai lokasi kedai kopi miliknya kerana menepati target pasaran dan lokasinya yang strategik.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Selamat Tiba Di Mekah, Tunaikan Ibadah Umrah

“Saya memilih Shah Alam kerana lokasinya yang dekat dengan beberapa buah universiti selain menepati target pasaran.

“Kalau kita lihat tidak banyak kafe atau kedai kopi yang seumpama dengan kedai saya. Jadi kerana itu saya memilih Shah Alam.

“Malah kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti ‘healing’ atau bersantai.

“Sebab itulah rekaan kedai kopi ini sangat dekat dengan jiwa muda selain semua orang boleh datang nikmatinya,” katanya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Sumber: Facebook The Great Coffee Club & Instagram Awal Ashaari

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari Berkongsi Lebih Kenali Anak-anak Sewaktu Bercuti Tanpa Pengasuh

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply