Ayam Hydrabaad Dengan Ramuan Rempah Ratus, Enak Rasa

Menu ayam memang menjadi kesukaan ramai. Jika inginkan kelainan jom buat Ayam Hydrabaad ni. Pelbagai jenis rempah ratus diadun bersama ayam ini menjadikan harum semerbak bila dimasak. Lebih menaikkan aroma bila diletakkan juga daun ketumbar dan juga daun pudina.

AYAM HYDRABAAD

BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:

1kg ayam- campurkan bahagian isi dan tulang
2 inci halia | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar garam masala
Daun ketumbar | dihiris
Sedikit daun pudina
3 biji cili besar
1 cawan bawang goreng
2 sudu besar serbuk cili
2 cawan yogurt

*Gaul sebati dan perap selama 30 minit

BAHAN-BAHAN LAIN:

4 biji bawang rose | dihiris
Sedikit daun kari
Sedikit cili kering
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Daun ketumbar

Cara memasak: 
  1. Dalam mangkuk, satu ayam yang telah dibersihkan, halia dan bawang putih yang dikisar,serbuk cili, serbuk ketumbar ,serbuk jintan manis dan garam masala.
  2. Kemudian masukkan daun ketumbar, daun pudina dan cili hijau besar.
  3. Masukkan 1 cawan bawang goreng.
  4. Masukkan 2 cawan yogurt. Gaul hingga sekata. Perap selama 30 minit.
  5. Panaskan minyak , masukkan bawang rose, daun kari ,cili kering dan jintan manis. Tumis hingga naik bau.
  6. Kemudian bolehlah masukkan perapan ayam tadi. Kacau seketika dan tutup. Biar ayam masak 10 hingga 20 minit.
  7. Bila ayam agak dah masak, perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  8. Kacau seketika , bolehlah masuk daun ketumbar.
  9. Siap untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama nasi minyak.

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply