Suami Tak Berhak Atur, Guna Duit Isteri, Kalau Dah Pinjam, Kena Ganti Balik

Suami tak berhak atur, guna duit isteri, kalau dah pinjam, kena ganti balik. Dalam kehidupan berumah tangga suami isteri saling membantu dalam keadaan susah dan senang.

Suami Tak Berhak Atur, Guna Duit Isteri

Bagaimanapun apabila melibatkan tanggungjawab dan kewajipan suami dalam menyediakan perbelanjaan buat keperluan keluarga, jangan ambil mudah. Jika meminjam duit isteri untuk membayar dan membeli itu, ini buat keluarga, mohon suami ganti dan bayar semula, melainkan isteri redha.Jika tidak ia dikira berhutang.

Menarik perkongsian yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini.

“ISTERI KITA TU REDA TAK KITA SURUH DIA BAYAR ITU INI DAN BELI ITU INI GUNA DUIT DIA?”

Pernah tak kita tanya atau kita terus buat tak tahu ja? Balik keje tengok isteri dah beli barang dapur,

“FUH, SELAMAT DUIT AKU..DIA DAH BELI GUNA DUIT DIA “

Tengok kat peti ais ada bil elektrik dan air, pun dah dibayar isteri.Rasa lega dan boleh guna duit untuk benda lain kan. Sepatutnya dan sebaiknya, kita kena tanya isteri,

“BERAPA SEMUA NI? DALAM RM200 KE? JAP LAGI ABANG BAYAR DAN GANTI BALIK DUIT AYANG…”

Kalau dia kata tak payah, dia memang nak beli guna duit dia dan dia reda, maka tak ganti tak apa, tapi kalau kita ganti jugak lebih baik. Kita ni kadang-kadang alpa sangat sampai jadi selesa.

Kalau Dah Pinjam, Kena Ganti Balik

Apa saja duit isteri yang dia keluarkan untuk perbelanjaan keluarga, kita tak tanya dah, tak ganti dah. Kita buat tak tahu. Kita anggap dia yang nak keluarkan, dia yang nak bayar dan dia yang nak beli.

Berhutang Dengan Isteri

Apa saja kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai suami, kalau isteri beli guna duit dia sendiri, maka kita tu sedang berhutang dengan dia. Kita perlu bayar balik sebab itu kewajipan suami, suami yang kena sedia, bukan isteri.

“Abang hutang ayang berapa?”

Saya selalu tanya isteri walaupun dia tu surirumah sepenuh masa tanpa apa-apa pendapatan. Saya takut duit belanja yang diberi tu tak cukup. Saya takut dia ada guna duit yang dia selit atau simpan untuk cukupkan. Dia akan jawab takde hutang sebab macam mana pun duit tu dari saya jugak, walaupun dia selit dan simpan sana sini.

Tiada Hak Atur & Guna Duit Isteri

Tapi saya tetap ganti duit yang saya bagi dekat dia, walaupun itu duit saya, saya dah anggap itu hak dia, duit dia, kena ganti.

Duit isteri tetap duit isteri walaupun kita ni suami dia, kita takde hak nak guna atau atur duit dia untuk bayar itu ini, beli itu ini melainkan jika diizinkan isteri dan dia redha.

Bayangkan hidup bersama dah banyak tahun dan dia tak pernah redha dengan duitnya yang digunakan suami untuk bayar hutang-hutang suami dan kewajipan yang patut suami sediakan. Berapa banyak yang kita dah “hutang” dengan isteri kita sendiri?

Duit isteri adalah duit isteri. Suami tiada hak nak guna atau atur duit isteri untuk bayar itu ini, beli itu ini melainkan jika diizinkan isteri dan dia redha. Suami yang meminjam duit isteri, bayarlah semula apatah lagi perbelanjaan yang melibatkan tanggungjawab dan kewajipan suami dalam menyediakannya.

Sumber: Firdaus Shakirin

Baca artikel lain: Suami Isteri Bila Dalam Keadaan Marah, Cuba Lakukan Perkara Ini, Nampak Mudah Tapi Beri Impak

Suami Yang Setia Tak Kedekut, Rela Keluarkan Duit Untuk Cantikkan isteri

Suami Tergamak Menamatkan Hayat Isterinya Dengan Berus Gigi Kerana Malas Masak, Curang

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply