Agar-Agar Gula Merah Memang Nikmat Makan Ketika Sejuk

Memang nikmat kalau dapat makan agar-agar gula merah ni. Tambah pula bila disejukkan dulu. Lemak manis santan gula tak boleh bincang. Simpan dalam peti sekejap dah licin.Jika ada yang teringin boleh ikut resepi ini menggunakan loyang ukuran 7×7.

Agar-Agar Gula Merah

Bahan-bahan:

18g agar-agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 biji telur
1 kotak kecil santan
Secubit garam
Daun pandan secukupnya

Cara memasak:

1.Masukkan agar-agar tali dalam periuk.

2.Letak air

3.Letak daun pandan.

4.Rebus sampai agar-agar hancur dan berbuih macam ni.

 

5.Terus masukkan gula pasir

6.Masukkan juga gula merah

7.Biar mendidih dan gula semua hancur

8.Tapis

9.Telur dan santan satukan.

10.Masukkan secubit garam.

11.Masukkan campuran santan dan telur tadi.Tip : Api kecil. Masukkan secepat mungkin terus kacau laju-laju. Untuk elak santan dan telur berketul.

12.Sentiasa dikacau.

13.Sampai mendidih dapat tekstur macam ni . Halus dan rapat. Ini yang akan menentukan rupa lapisan santan kita nanti.

14.Ini untuk yang pandan. Letak emulco pandan. Abaikan yang gula merah

15.Dah mendidih tadi terus letak diloyang. Tunggu mengeras boleh simpan peti.
Nak cepat lagi terus simpan dibeku dalam satu jam.Tip : basahkan dulu loyang. Nak mudah keluarkan agar-agar nanti.

16.Nampakkan tekstur lapisan santan. Halus dan rapat

17.Dah betul keras. Sisipkan pisau keliling loyang.

18.Terus terbalikkan

19.Potong

Kredit: Mizah Ngatiman

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply