Cara Buat Colek Buah Yang Sedap, Pekat Tanpa Guna Belacan. Kuantiti Satu Periuk

Lepas makan nasi, makan pulak colek buah memang ngam. Dapat pulak colek yang dibuat sendiri lagilah sedap.

Satu tip untuk hasilkan colek buah yang sedap adalah kena gunakan belacan. Tapi bagi yang alah atau kurang gemar makan belacan boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Ben Safwan.

Resipi colek buah ini rasanya tetap sedap. Sukatan ini juga adalah untuk kuantiti satu periuk, jadi boleh buat stok atau beri pada saudara, jiran atau rakan.

Cara buat colek buah sedap tanpa guna belacan

Bahan:
1 liter air
500 gm gula putih
40 gm udang kering Thailand – dibakar/disangai
5 sudu makan petis udang halal Istiqamah Halim
1 keping besar nise Kelantan ( gula melaka )
150gm bawang putih- cincang dan digoreng
40gm serbuk lada kering halus
250gm kacang tanah goreng – kisar halus
250gm kacang tanah goreng – kisar separa kasar
200gm serbuk asam boi putih
30gm asam jawa
10 sudu makan kicap pekat Jalen
2 sudu teh garam halus ( pink kristal Halalgel )

Cara Membuat

1. Persiapkan bahan. Sangai/bakar udang kering, cincang dan goreng bawang putih, sangai kacang tanah dan bahagi dua. 1 kisar halus 1 kisar separa kasar, sediakan air asam jawa. Air ambil dari total 1 liter tadi.

 

2. Mula-mula didihkan 1 liter air. Kemudian, masukkan gula putih dan sekeping besar nise. Dah larut semua, kecilkan api.

3. Dalam pengisar masukkan serbuk asam boi putih, 1 bahagian kacang kisar halus, serbuk lada kering halus, bawang putih goreng, garam, air asam jawa bersama isi (biji buang), petis udang dan ambil air gula tu sikit masukkan.

4. Kisar halus semua bahan sebelum masukkan semula dalam periuk. Buka api sederhana kecil dan kacau sebati.

5. Tambah masuk kicap pekat dan masak antara 20 minit dengan api sederhana kecil; Kacau sesekali.

6. Tutup api dan biarkan sejuk seketika barulah masukkan satu bahagian kacang kisar (dikisar separa kasar) untuk tekstur rangup.

Colek ini akan pekat dengan bahan dan tanpa menggunakan sebarang tepung atau agen pemekat lain.

Cara simpan, biarkan sejuk dan letak dalam bekas kecil dan simpan dalam peti ais.

Sumber: Ben Safwan.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply