Daun Kuning Pada Tanaman Tanda Lebih Cahaya Matahari, Letak Tempat Sesuai!

Tanaman yang berdaun kuning bukanlah sesuatu yang normal dan sihat.

Tidak semua tanaman sayur yang kita tanam sesuai terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Sesetengah tanaman hanya memerlukan sedikit cahaya kerana pendedahan berlebihan boleh menyebabkan masalah kepada tanaman tersebut. Tanaman sayur mungkin mengalami kekuningan dan daunnya mungkin bergulung.

Oleh itu, sangat penting untuk mengetahui panduan keperluan cahaya yang sesuai untuk tanaman ini, terutamanya bagi mereka yang gemar bercucuk tanam di rumah.

Keperluan tanaman pada cahaya untuk kesuburan

Jumlah cahaya matahari yang diperlukan tidak sama untuk semua tanaman atau sayuran.
Ada yang memerlukan;
-Cahaya penuh (bright sunlight),
-Cahaya separuh (medium sunlight), ataupun cahaya kurang/redup (low sunlight).
-Cahaya Penuh- Cahaya matahari lebih daripada 6 jam.
-Cahaya Separuh- Cahaya terus untuk 4-5 jam.
-Cahaya Kurang/Separa Redup- Cahaya untuk 2-4 jam.
-Redup- Cahaya kurang daripada 1 jam.

Pastikan tempat letak pokok sayur sesuai

Untuk tanaman yang hanya perlu cahaya separuh atau kurang, ia paling sesuai dijemur cahaya pada waktu pagi kerana matahari waktu petang terlalu terik. Kalau daun mula berkuningan atau bergulung, maksudnya tanaman itu:
1) kurang air,
2) terlalu banyak cahaya matahari, atau
3) terlebih baja.
Jadi, sebelum bermula menanam, pastikan tempat yang anda hendak meletak tanaman tersebut sesuai untuk tanaman.

Panduan ringkas sayuran mengikut keperluan cahaya matahari

Cahaya Matahari Penuh & Terus (Lebih daripada 6 jam):-
Jagung, tomato, kekacang, kacang polong, labu, tembikai, basil, selasih Thai, kentang, timun, kangkung, daun bawang, saderi, halia, bawang putih, serai.

Cahaya Matahari Penuh & Tidak Terus (4-5 jam):-
Brokoli, kubis, kubis Brussel, Kale

Cahaya Matahari Separuh (2-4 jam):-
Salad, bayam, bok choy, sawi, bit, lobak, pudina

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Mahadzir Hashim


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply