Ada tak yang tak pernah makan mi soba? Ha tahu tak apa tu mi soba? Soba tu bermaksud gandum kuda dalam bahasa Jepun. Ia sejenis mi nipis yang diperbuat daripada tepung gandum kuda. Mi soba ni biasanya dihidangkan sama ada dingin ataupun dalam kuah panas.
Mi soba ni merupakan mi pilihan utama tradisional warga Tokyo. Selalunya mi soba dimakan dengan penyepit macam. Tambah lagi, makan dengan penyepit ataupun “chopstick” memang menjadi budaya mereka.
Untuk sesiapa yang nak cuba makan mi soba, boleh je beli dekat kedai dan balik rebus sendiri. Sekarang pon memang dah banyak jual mi soba dekat mall. Jadi, jom kita cuba resepi mi soba dengan sotong.
RESEPI MI SOBA SOTONG DENGAN SAYUR-SAYURAN TUMIS
MI SOBA:
-Mi soba *1 ikat
-Air untuk merebus
-Sos
-Sos ikan *2 sudu besar
-Kicap cair *2 sudu besar
-Cuka epal *1 sudu besar
-Minyak bijan *1 sudu besar
-Chili flakes atau serbuk cili *2 sudu kecil
-Garam secukup rasa
-Gula tebu organik secukup rasa
BAHAN LAIN:
-Minyak masak *2 sudu besar
-Cili benggala *1 biji, hiris halus memanjang
-Lobak merah *1/2 batang
-Cendawan shiitake dihiris *1/2 cawan
-Bawang putih dicincang *3 ulas
-Halia 1/2 inci, dihiris nipis
-Sotong dibersihkan dan dipotong cincin *2 ekor
-Daun bawang
-Bijan sangai *1 sudu besar
CARA MEMASAK:
1. Sediakan bahan-bahan tadi. Rebus mi soba dahulu sehingga al dente dan toskan. Bilas dengan air sejuk supaya tak bergumpal dan ketepikan.
2. Sementara itu, siapkan sos dengan mencampur semua bahan sekali.
3. Panaskan minyak, tumis lada benggala, lobak merah dan cendawan sehingga sedikit lembut, masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga 2-3 minit.
4. Kemudian masukkan sos dan sotong, gaul. Masukkan mi soba dan gaul rata lagi sekali. Taburkan bijan.
5. Sedia dihidang panas-panas.
Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang
Resepi Mini Pavlova Ala Original Russia, Sempena Nama Penari Balet
SUMBER: Cookpad Nihadriz
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.