Koleksi resipi masakan berasaskan cendawan, sedap berkhasiat. Cendawan merupakan antara sayur-sayuran yang sangat mudah dimasak. Selain sup cendawan, ada lagi beberapa jenis masakan yang mudah dan sedap!
RASA kongsikan beberapa resipi masakan berasaskan cendawan untuk anda cuba!
CENDAWAN GORENG CRISPY
BAHAN-BAHAN:
1kg cendawan tiram | Disiat
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SALUTAN:
250gm tepung tempura
1 biji telur
Sedikit air
5 sudu besar minyak masak
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
TIMUN DAN CENDAWAN TUMIS KERING
BAHAN-BAHAN:
Minyak secukupnya
3 biji telur | Dipukul
Cendawan butang putih
3 ulas bawang putih | Dicincang
1/3 sudu kecil garam
1/3 sudu kecil ground pepper
1 biji timun
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
LEMAK CILI API CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
Cendawan tiram
1 kiub ikan bilis
Daun kunyit
½ kotak santan
Garam
Serai
Perasa
Garam
BAHAN KISAR:
3 biji bawang merah
15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
SUP CENDAWAN ALA THAI
BAHAN-BAHAN TUMIS:
3 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai dititik
2 inci halia dihiris
½ biji bawang holland dihiris
BAHAN PERASA:
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan jus lemon
Masukkan sayuran pilihan
BAHAN LAIN:
Cendawan tiram
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
MUSHROOM SOUP AND GARLIC BREAD
BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP:
2 sudu mentega
1 biji bawang holland | dipotong dadu
3-4 ulas bawang putih
Cendawan shitake | dihiris
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu full cream
Lada hitam & lada putih
1 cawan air
Garam | jangan masuk kalau guna salted butter
1 kiub pati ayam
BAHAN-BAHAN GARLIC BREAD:
Roti
Sedikit mentega
3 ulas bawang putih | dicincang
Sedikit mixed herbs
Parmesan cheese (optional)
Sedikit lada putih
Sedikit lada hitam
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
MUSHROOM AND PEAS BUTTER MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan mentega
1/2 sudu makan minyak sapi
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu teh jintan manis
1 tin cendawan butang | hiris
1 tin kecil kacang pis
2 biji tomato sederhana | kisar tanpa air
1 biji bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | cincang halus
8-10 biji kacang gajus | rendam air panas selama 10 minit dan kisar jadi pes
1 ½ sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk garam masala
Garam secukup rasa
2-3 cawan air
1 sudu makan krim putar | boleh diganti dengan susu cair atau santan
Sedikit hirisan daun ketumbar
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.