Bila tandas dah cantik, kebersihan pun perlu dijaga. Tambahan, kebersihan mencerminkan keperibadian pemilik. Ye lah, tempat kita mencucikan diri, takkan lah dalam keadaan kotor kan. Namun kebanyakkan kita mengambil ringan akan kebersihan tandas.
Sempena Tahun Melawat Malaysia, KPKT Tawar RM140,000 Untuk “Toilet Of The Year”
Sempena Tahun Melawat Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan hadiah sebanyak RM140,000 untuk anugerah “Toilet of The Year”.
Melalui satu siaran di laman X, menteri menyatakan bahawa semua pihak berhak untuk bersaing termasuk sekolah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), restoran, hotel, stesen minyak, serta hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan pusat beli-belah.
“Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama,” ujar beliau.
Beliau menambah, “Anugerah Toilet of the Year 2024 kini terbuka dengan tujuh kategori hadiah berjumlah RM140,000 menanti anda.”
Untuk makluman, anugerah Toilet of The Year ini diadakan buat kali pertamanya pada tahun 2023 dan bertujuan untuk meningkatkan standard tandas awam di Malaysia agar bersih, menarik dan harum (BMW).
Inisiatif ini bukan sahaja diharapkan dapat meningkatkan imej negara, terutamanya di kalangan pelancong asing, tetapi juga merupakan hasil daripada idea Nga Kor Ming sendiri. Ia juga merupakan langkah persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia pada 2025.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming
Menurut laporan Bernama tahun lalu, Nga Kor Ming menyatakan bahawa anugerah tersebut penting untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kebersihan tandas awam di negara ini.
Pada tahun lalu, pemilihan pemenang telah dilakukan oleh juri bebas yang terdiri daripada wakil Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Anugerah Toilet of The Year 2023 telah dimenangi oleh The George Group Penang dalam kategori hotel, Toppen Shopping Mall Johor Bahru untuk pusat beli-belah, Elmina Arah Selatan untuk hentian Rehat dan Rawat, Petron Senai Johor untuk stesen minyak, dan Cawan Mu Ipoh Perak dalam kategori restoran.
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
Sumber: Nga Kor Ming, Bernama Via Astro Awani
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.