Bersempena ulang tahun ke-60 majalah sensasi Sports Illustrated Swimsuit, model hijabi Halima Aden diiktiraf sebagai salah seorang daripada 27 wanita ‘Lagenda’ yang menghiasi wajah hadapan ataupun cover majalah berkenaan.
Halima, 26 pernah mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi wanita hijabi dan Muslimah pertama yang dipaparkan oleh majalah berkenaan.
Dalam paparan isu berkenaan, Halima menyarungkan burkini dan hijab – sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana penghias wajah tersebut.
Halima Aden.
Dan pada tahun berikutnya, sekali lagi gadis kacukan Somali-Amerika yang dilahirkan di Kenya itu diberikan kesempatan untuk dipaparkan sebagai gadis Sports Illustrated.
“Don’t change yourself, change the game..” – Halima aden
ARTIKEL BERKAITAN: Setelah Padam Foto ‘Modelling’, Halima Aden Akan Sertai Miss Somalia Pula? – REMAJA
Bersempena isu khas ini, Halima kembali untuk menghiasinya dengan paparan perkembangan terbarunya.
Tampil eksklusif dalam balutan busana labuci merah jambu dan gaya hijab dalam rona sama, Halima berterima kasih apabila diberikan gelaran Sports Illustrated Swimsuit Legend di samping wanita-wanita hebat lain seperti Martha Stewart, Tyra Banks, Gayle King, Chrissy Teigen dan ramai lagi.
“Saya amat terharu, tidak percaya saya akan berada bersama begitu ramai wanita ikonik. Tetapi saya semestinya percaya saya juga bakal menjadi seorang ‘legenda’ seperti mereka satu hari nanti.
“Seiring dengan usia saya memasuki 26 tahun, saya rasa kita boleh saling membantu dengan terus memberikan peluang kepada orang baharu melakukan apa yang mereka inginkan, jadi autentik dan tidak mudah menghukumi orang lain.”
“Sports Illustrated Swimsuit tentunya adalah salah satu platform yang memberikan kami ruang untuk saling menyokong satu sama lain. Be each other’s biggest cheerleaders,” katanya dalam temubual itu.
Terdahulu, Halima pernah mengejutkan dunia peragaan fesyen apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia glamor setelah merasakan dirinya semakin menjauhi ajaran agama Islam apabila bergelar model popular antarabangsa.
BACA LAGI: Hampir ‘Terpesong Imej’ – Model Hijabi, Halima Aden Nekad Tinggalkan Fesyen Demi Islam? – REMAJA
FOTO: Sports Illustrated
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.