Lauk acar ikan tongkol atau ikan aya ini mungkin ada yang tak tahu kewujudannya. Selain daripada enak dibuat gulai, ikan ini juga sedap dimasak acar.
Rasa masam, manis dan pedas bersatu dengan kerangupan timun tak dinafikan akan membuatkan kita menjilat jari seleepas makan nasi.
Bagi yang nak cuba hidangan daripada negeri pantai timur ini resipi perkongsian Mizah Ngatiman ini sebagai panduan. Katanya jika menggunakan ikan aya putih lagi sedap!
Cara buat acar ikan aya
Bahan-bahan
4 ketul ikan tongkol
1 biji bawang besar (boleh guna 3 biji saiz sederhana)
5 ulas bawang putih
1 batang timun – potong jejari (buang biji)
2 tangkai lada Besar – potong jejari
10 biji bawang kecil (atau sebiji bawang besar belah empat)
1 senduk cili kisar (atau cili Boh)
2sb cuka
Garam dan gula secukupnya
Cara membuat
1. Kisar bawang besar dan bawang putih, ikan dilumur garam serta kunyit. Selain ikan aya boleh juga gantikan dengan ikan tenggiri.
2. Goreng ikan macam biasa. Goreng lembap jangan terlalu garing. Angkat dan tos.
3. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan cili kisar dan tumis lagi pecah minyak
5. Kemudian masukkan air lalu dikacau, masukkan bawang merah.
6. Masukkan gula dan garam secukupnya. Garam jangan banyak sebab ikan goreng tadi masin juga.
7. Renjiskan cuka dan biar kuah menjadi sedikit pekat barulah masukkan timun dan cili besar. Gaul rata bagi timun lembut sedikit.
8. Akhir sekali masukkan ikan. Gaul rata, siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Mizah Ngatiman
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.