Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, separuh daripada penduduk Korea Selatan tinggal bersendirian dan menghabiskan masa dengan bekerja sepanjang hari.
Kesepian telah mendorong anak muda untuk mencari ‘kawan’ dalam bentuk yang berbeza. Namun, berbeza dengan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing yang memerlukan banyak perhatian daripada pemilik, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyimpan batu.
Batu peliharaan ini bukan sekadar disimpan atau digunakan sebagai hiasan, tetapi diberi nama, diajak berbicara, malah dipakaikan pakaian seperti makhluk hidup. Beberapa pemilik batu bahkan meletakkan batu tersebut di atas katil untuk tidur bersama mereka.
Dalam satu video yang viral di TikTok, batu tersebut boleh dilihat dibalut dengan tuala, dilapisi dengan foundation, disapu dengan solek kening, atau dipasang mata dan bibir palsu.
Doljjong ialah batu peliharaan Jeonghan SEVENTEEN. Dia rajin mencucinya untuk menyediakan rumah yang selesa untuk batu itu
Trend ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat umum tetapi juga di kalangan selebriti termasuk ahli kumpulan idola seperti Seventeen dan Enhypen. Ahli Seventeen, Jeonghan adalah salah seorang yang menyertai trend ini, dan menamakan batu kesayangannya ‘Doljjong’.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Julai 2023, pandemik virus corona juga telah mendorong kepopularan batu peliharaan ini. Malah, beberapa idola K-Pop juga secara terbuka mengakui bahawa mereka turut mengikuti tren tersebut.
Adui, macam-macam la dorang ni, dah kenapa bela batu. hiks
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.