Kuih Gulung sangat cepat buat dalam masa 15minit dan siap.Hah bukan itu saja jimat
hanya guna tiga bahan. Bahan-bahan ni pasti ada di dalam dapur anda. Kalau rasa teringin
nak kudapan, boleh buat resipi ini. Memang boleh layan sepinggan.
Kuih Gulung
Bahan-bahan:
(Anggaran 8-10 biji)
1 biji telur
2 sudu gula
Tepung pulut (agak-agak sampai jadi doh)
Cara memasak:
1.Pukul telur dan gula sampai kembang. Pukul pakai sudu pun boleh.
2.Dah kembang, masukkan tepung pulut. Agak-agak sampai jadi doh.
Kalau doh keras, renjis sikit air.
3.Dah uli, gulung-gulung ikut bentuk macam di bawah.
4.Goreng guna api kecil. Dah panas, masukkan kuih dalam kuali. Tunggu sampai kembang dan keperangan baru angkat, jangan angkat cepat sangat risau dia mengecut.
5.Biarkan kejap,kemudian tabur gula aising atasnya. Nak makan dengan sardin pun boleh.
*jika nak tambah garam sikit, tepung banyak dan tambah air pun boleh.
Selamat mencuba.
Kredit: Kasmi Saharing
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.