Ayam Percik Kelantan Penuh Aroma Memang Selera Nak Makan

Selalu kalau nak makan ayam percik, kena pergi ke pasar malam. Itupun kalau bernasib baik ada dijual. Buat sesiapa yang teringin nak menikmati ayam percik Kelantan, boleh saja buat sendiri ikut resepi yang dikongsi ini.Patutlah sedap, pelbagai ramuan digunakan bagi memberi aroma rasa yang enak.

Ayam Percik Kelantan

(untuk 2 orang makan)

Bahan Perap:
1/4 ekor ayam
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inch halia
Garam secukup rasa

Bahan Kuah:
300 ml santan pekat @ 1 1/2 kotak santan
1 cawan air
2 batang serai dititik
2 hiris halia (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
4-5 tangkai lada kering (dikisar)
Asam keping (sikit sahaja)
Gula Melaka
Garam & perasa secukup rasa

Cara memasak:
1. Tumbuk/kisar bawang merah, halia, bawang putih dan garam sehingga lumat.Kemudian, pes tadi diperap dengan ayam yang telah dibersihkan sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Untuk bahan kuah, kisar dahulu bawang merah, halia dan lada kering.
3. Kemudian, masukkan santan, 1 cawan air, bahan yang dikisar tadi, serai, asam keping, gula melaka, garam dan perasa secukupnya. kacau dengan api sederhana.
**part buat kuah ni, kena selalu kacau ye.Jangan tinggalkan sebab nanti kuah tak cantik dan nampak macam berketul.

4. Kuah dikacau sehingga pekat.Dah nampak cun,boleh la tutup api.
5. Untuk part ayam ni,bakar guna Air fryer je.Senang sebab tak payah nak tunggu-tunggu.Boleh je nak bakar atas pemanggang yang berapi tu, magic pan,atau non stick pan.

‼️Part guna Air fryer ni
Bakar ayam dengan suhu 175 celcius/ 20 minit.Dah habis 20 minit bakar. Kemudian, terbalikkan ayam,bakar lagi dengan suhu 180 celcius/15 minit.

*Tip nak bagi ayam dan kuah lagi rasa mabelesssss
Bila ayam dah masak, letak ayam dalam kuali.Kemudian siram kuah atas ayam sedikit demi sedikit biar kuah tu meresap dalam ayam.Masak dalam 5 minit.Kemudian angkat ayam letak dalam pinggan dan letak baki kuah tadi atas ayam.
Siap untuk dihidang.

Kredit: Umie Hafizda

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply