Buat Sendiri BAJA ORGANIK ‘Power’ Guna Sisa Bahan Dapur, Suburkan Tanaman!

Jangan buang sisa bahan makanan di dapur seperti kulit telur, air basuhan beras, perut ikan, roti tamat tempoh, kulit bawang, kulit sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Ia sangat bermanfaat dan boleh dijadikan baja semulajadi yang sangat bagus untuk tanaman.

Buat sendiri baja organik ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah hasilnya tanaman jadi lebih subur menghijau.

Ini 4 jenis sisa dapur yang boleh dijadikan baja organik untuk tanaman.

1. Air Basuhan Beras

Cara Membuat:

Air beras mengandungi vitamin, mineral, dan karbohidrat yang dapat menjadi baja semulajadi untuk tanaman.

Cara Penggunaan Air Beras

Pertama, lepas basuh terus siram.
Kedua, amalkan peram dulu 3 hari dan buat siraman 2 minggu sekali
Buat semburan dari hujung daun, hingga ke pangkal batang pokok.

2. Baja Kulit Telur

Jemur kulit sehingga kering dan tumbuk sampai hancur lumat. Letak pada pangkal batang keliling pokok, sekali seminggu. Kulit telur boleh dijadikan baja semulajadi dan mampu menguatkan akar pokok.Selain sebagai baja, kulit telur juga dapat mengawal kehadiran siput dan serangga perosak tanaman.

3. Baja Perut Ikan

Boleh letakkan perut ikan terus pada pasu dan timbuskan dengan tanah. Boleh juga kisar dahulu perut ikan tersebut dan letak pada dalam pasu.

4. Baja Roti

Koyak-koyakkan roti, masukkan dalam botol dan isikan masukkan air hujan atau air basuhan beras. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Boleh letak dalam kabinet dapur bawah sinki. Peram selama 7 hari. Siram 3 kali seminggu.

Anggaran sukatan 1.5 liter air + 1 keping roti.Tak perlu tambah air dah kalau nak siram pada pokok.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:Siram BAJA ROTI Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Artikel Menarik:3 Resepi Baja Dari Bahan Dapur Buat Ros Mabuk Bunga
Mesti Baca:Cara Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Pokok Cili Guna Baja Organik Ini 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply