Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa

Harga hartanah yang semakin melambung tinggi telah menimbulkan cabaran bagi generasi muda untuk memiliki rumah sendiri. Sebagai alternatif kepada menyewa dengan harga yang mahal, seorang lelaki telah mengubah garaj rumah ibu bapanya menjadi ‘istana’ peribadinya.

Josh Jones, seorang pemuda dari England, telah menarik perhatian netizen dengan cara yang berhemat dalam pembinaan rumah. Terasa ‘tertekan secara mental’ setelah mengetahui harga rumah yang tinggi di kawasannya di Tunbridge Wells, Josh telah kembali ke rumah ibu bapanya. Untuk hidup lebih privasi, dia memilih untuk makeover garaj mereka.

Bina Sendiri Ikut Tutorial Youtube

Melalui video yang dikongsikan di TikTok, Josh menceritakan proses transformasi garaj menjadi sebuah ‘bilik penginapan’.

Dengan bajet yang terbatas dan persetujuan dari ibu bapanya, dia berjaya mengubah ruang yang dulunya gelap dan lembap menjadi sebuah apartmen yang selesa. Menurutnya, semua kerja-kerja pembinaan dilakukan sendirian dengan mengikuti tutorial di YouTube.

 

@joshjonesacepaving I decided instead of renting my first place i was going to build it! This is a cost breakdown if the whole build! How much did it cost me to convert a garage into a tiny home?#foryou #howmuch #convert #garageintohome #selfbuild #diy ♬ original sound – FIFA Songs

“Saya belajar segala-galanya dari YouTube, dan saya telah terlibat dalam industri pembinaan sejak berusia 16 tahun,” ujarnya menurut laporan NYPost.

Josh mengakui bahawa pembinaan rumah garaj ini mengambil masa yang agak panjang. Bermula pada Januari 2023, projek tersebut hanya selesai lapan bulan kemudian. Prosesnya melibatkan pelbagai langkah seperti mengeluarkan barang-barang yang tidak digunakan, menanggalkan bumbung, meratakan lantai, serta memasang dapur dan bilik mandi.

 

@joshjonesacepaving Welcome to the garage tour! So many of you loved the build process photos i decided to update tou guys on how its looking now i have been living in it for the past few months! #foryou #housetour #minihome #smallhouse #dreamhome ♬ Vibes – ZHRMusic

“Saya meratakan lantai garaj, kami menjadikannya kalis air dan menambah saliran. Saya memasang dinding, dapur, bilik mandi, dan ruang tamu,” jelas Josh.

Setelah pembinaan selesai, Josh kemudian mengisi ruang tersebut dengan perabot. Pada Mei 2024, dia dan teman wanitanya berencana untuk berpindah dan menetap di sana.

Walaupun projek ini memerlukan usaha dan biaya yang besar, Josh tidak merancang untuk tinggal di situ selamanya. Sementara dia menyimpan dan mencari rumah impian, Josh berhasrat untuk tinggal di garaj ini sekurang-kurangnya selama 10 tahun lagi.

Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply