Baju kelawar memang selesa dipakai, dan semestinya ia sinonim sebagai salah satu pakaian wanita. Terbaru, pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah tampil berkongsi sedikit ilmu dan pandangannya mengenai hukum jika lelaki memakai baju kelawar.
Melalui perkongsian di Tiktok, Aisyah memaklumkan bahawa baju kelawar itu asalnya dicipta untuk golongan wanita dan ia tidak sesuai untuk digayakan oleh kaum lelaki walaupun ketika berada di rumah.
Kredit: Tiktok aisyahhijanah
“Sekarang ini ramai lelaki yang suka pakai baju kelawar. Sebab kita lihat ibu atau kakak kita pakai baju itu nampak sangat selesa. Jadi apa sebenarnya hukum lelaki pakai baju kelawar?”
“Jika baju itu boleh dipakai oleh dua jantina berbeza, hukumnya berbeza. Tetapi dekat sini, kalau kita lihat secara umum tahu baju kelawar merupakan pakaian kaum wanita”
Katanya, meskipun itu hanya nampak seperti baju tidur ataupun seperti satu kain selembar. Baju kelawar dipakai oleh golongan wanita, maka tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki.
Kredit: Cinca News
“Jadi untuk lelaki di luar sana yang suka pakai baju kelawar, jangan pakai lagi selepas ini. Kerana itu memang pakaian bagi golongan wanita. Semoga bermanfaat”
Aisyah juga tampil memberi pesanan kepada kaum lelaki untuk tidak sesekali memakai baju kelawar selepas ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.