Resipi Bayi Untuk Usia Enam Bulan, Mudahkan Mama Masak Untuk Si Cilik

Resipi bayi untuk usia enam bulan, menu sebulan mudahkan mama masak untuk si cilik. Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel.

Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat.

Resipi Bayi Usia Enam Bulan

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran.

Berikut dikongsikan menu mengikut hari untuk bayi enam bulan.

Mudahkan Mama Masak Untuk Si Cilik

 

 

 

 

 

 

 

 

Nutrisi yang diperlukan bayi pada usia enam bulan:

1. Protein

Protein membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.

2. Lemak

Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.

3. Karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.

4. Vitamin dan mineral

Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.

Sumber: Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM)

Baca artikel lain juga: Bayi Enam Bulan Meninggal Dunia, Bedah Siasat Buktikan Perbuatan Jenayah, Bapa Ditahan

Diabetes, Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply