Inisiatif seorang guru di sekolah pedalaman di Bumi Kenyalang untuk menghias dan mendekorasi kelas di sekolahnya telah menarik perhatian ramai.
Persekitaran yang kondusif adalah penting dan mempunyai kesan positif terhadap pembelajaran, terutama sekali dalam menyediakan kelas yang selesa dan menarik. Tidak hanya itu, ia juga berupaya meningkatkan semangat pelajar untuk pergi ke sekolah.
Guna Elaun Sendiri
Segalanya bertitik tolak daripada keinginan mewujudkan persekitaran kelas sesuai bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid, guru Sekolah Kebangsaan Kampung Kut Daro, Sarawak itu sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk dekorasi ala cafe yang unik dan menarik.
Memuat naik gambar-gambar bilik darjah dan sekolah tersebut di Facebook, projek menghias kelas itu dinamakan The Class Kafe turut berjaya menarik minat muridnya.
“THE CAFE CLASS, KITA BUAT DIA. DARIPADA KELAS BIASA KE YANG LEBIH SELESA. SEMPENA HARI GURU YANG BAKAL TIBA, SAYA KONGSIKAN SEDIKIT DEKO GURU PEDALAMAN BUAT RAKYAT MALAYSIA SEMUA. ADA ORANG TANYA SAYA MANA PERGI GAJI CIKGU?
“SAYA GUNAKAN SEDIKIT ELAUN PEDALAMAN UNTUK MENCANTIKKAN KELAS. ADA REZEKI LEBIH, SAYA BUAT LEBIH.
Guru tersebut turut memuat naik foto sebelum dan selepas dekorasi, di mana sentuhan guru Pendidikan Islam yang lulus dari Universiti Perguruan Sultan Idris itu benar-benar telah mengubah suasana ruang kelas tersebut.
Kelas itu kini terasa lebih selesa dengan palet warna hitam putih. Untuk merealisasikan konsep kafe, ruang tingkap kelas dihiasi bagaikan kaunter, sementara meja dan kerusi disusun seakan restoran, lengkap dengan elemen hiasan yang lembut.
Ternyata kedudukan sekolah di pedalaman tidak menjadi faktor penghalang Muhammad Tarmizi melahirkan suasana yang ceria buat pelajarnya. Malah keinginan kuat untuk melihat kemenjadian murid-muridnya adalah penguat semangat.
“Walaupun di sekolah pedalaman, saya jadikan suasana yang kondusif agar murid-murid saya seronok belajar.
Malah, usaha dan pengorbanan Cikgu Muhammad Tarmizi Awang@Yaacob ini turut mendapat perhatian dan pujian daripada warga maya dan pihak tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia selepas tular di media sosial.
“SELAMAT HARI GURU, CIKGU!” TITIP MENTERI PENDIDIKAN, FADHLINA SIDEK DI LAMAN FACEBOOK RASMINYA BAGI MENGHARGAI KESUNGGUHAN MUHAMMAD TARMIZI.
**Hebat cikgu ini, Terima kasih cikgu. Moga semua amal kebaikan cikgu diganti dengan pahala di akhirat kelak.
Sumber: Facebook, Borneo Network
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.