“Untuk mengatakan saya baru saja memuat naik tentang Palestin adalah tidak benar..”
Begitulah kenyataan yang dilontarkan oleh pempengaruh, Dahlia Rizal berkenaan dakwaan dirinya terus-menerus memuat naik hantaran berunsur kesedaran terhadap konflik yang berlaku di Palestin setelah gerakan #CelebrityBlockoutList dimulakan sejak minggu lepas.
Gerakan yang lantang disuarakan terutamanya di platform aplikasi TikTok dan X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) itu mula kedengaran setelah warganet bosan dengan tindakan sebahagian besar selebriti Hollywood yang memilih untuk diam membisu mengenai nasib rakyat Palestin sedangkan mereka meraikan acara fesyen tahunan, Met Gala dengan penuh meriah pada 6 Mei lalu.
Di Malaysia, sebilangan selebriti dan pempengaruh media sosial juga terpalit dengan gertakan warganet yang ingin memboikot mereka kerana dikatakan tidak menyuarakan pendapat secara terbuka mengenai saudara seagama di Palestin.
Warganet juga dlihat berang dengan cara sesetengah daripada kelompok populis yang terus-menerus berkerjasama dengan jenama antarabangsa terutamanya jenama fesyen, produk kecantikan, produk kosmetik dan makanan yang terang-terangan mempunyai kaitan dengan gejolak penindasan masyarakat Palestin oleh rejim Zionis.
Salah satu nama yang turut dipetik termasuklah nama Dahlia. Dengan tegas, Dahlia, 22 menolak kata-kata fitnah yang mengatakan dirinya tidak pernah memuat naik hantaran kesedaran mengenai isu Palestin di media sosial dan hanya berbuat sedemikian setelah nama dipetik.
Dahlia Rizal
ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia Rizal Minta Jaga Batas. Tak Selesa Wajah Disentuh Tanpa Kebenaran, Tarik Tangan Kuat-Kuat – REMAJA
Menerusi penjelasan panjang lebar di ruangan Instagram Story, Dahlia berkata dirinya tidak boleh mengawal pandangan orang ramai mengenai isu ini namun para pengikut setianya serba tahu betapa terbukanya dia melaungkan sokongan buat saudara di Palestin menggunakan medium media sosialnya.
“Sebelum ini, saya pernah dikenakan tindakan shadow banned kerana memuat naik secara banyak (mengenai Palestin) dan sehinggga tidak memperolehi akses semula kepada akaun Instagram saya sendiri. Saya hanya dapat log masuk dan mendapat akses selepas dua hari.
“Saya faham mengapa ada dalam kalangan anda yang bersangka macam itu dan saya tidak salahkan anda. Tetapi untuk menimbulkan fitnah dan mengatakan saya tidak pernah (memuat naik mengenai Palestin) dan ‘baru saja’ nak muat naik adalah tidak benar.
“(Kenyataan saya ini) adalah untuk mereka yang telah mengikuti saya dari lama dan tahu,” ulasnya.
BACA LAGI: Imran Aqil: Hero Di Hati Dahlia Rizal – Isu Digital Sept/Okt 2023 – REMAJA
Isteri kepada pelakon dan finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil itu turut menjelaskan persoalan mengapa dirinya berkerjasama dengan sebuah jenama kosmetik yang mempunyai kaitan dengan sokongan terhadap rejim Israel.
Tampil memohon maaf di atas segala kekeliruan dan kesilapan yang terjadi, Dahlia menjelaskan penglibatannya dalam penggambaran itu adalah sebelum konflik tercetus di Gaza, Palestin pada tahun lalu.
“Saya tidak ada sebarang kontrak dengan jenama kosmetik terbabit seperti yang didakwa. Penglibatan Dahlia dengan jenama kosmetik tersebut telah dipersetujui sebelum bulan Oktober 2023..
“Penglibatan saya hanyalah sebagai model atau talent bagi sesi fotografi mereka. Seperti yang diketahui umum, saya langsung tidak pernah membuat sebarang posting mengenai sesi fotografi berkenaan. Apatah lagi mempromosikan jenama terbabit kerana penglibatan saya hanyalah sebagai model atau talent. Segala muat naik hanya dibuat oleh pihak jenama tersebut.
“Saya ingin memohon maaf juga seandainya bertindak kurang sensitif dalam membuat posting atau dalam membeli produk dari luar negara.
“Ia merupakan kesilapan dari pihak saya. I will definitely do better in my field of work and always be more mindful with my postings,” katanya yang akan lebih peka pada masa akan datang dan berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang.
Terdahulu, pelakon dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar membuka mulut mengenai penglibatannya dalam beberapa kempen jenama antarabangsa sebelum ini dan dirinya masih terikat dengan kontrak yang telah ditandatangani.
Manakala, penyanyi Yuna tidak berhenti memberi sokongan kepada Palestin menggunakan caranya tersendiri iaitu dengan mengambil pendekatan untuk hanya bekerjasama dengan pereka fesyen Pro-Palestin.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Tersenarai Dalam ‘#CelebrityBlockList’, Nadhir Nasar Tampil Beri Penjelasan -“Maaf Atas Kekhilafan Saya…” – REMAJA
BACA LAGI: Yuna Ambil Pendekatan Hanya Bekerjasama Dengan Pereka Fesyen Pro-Palestin – REMAJA
FOTO: Instagram Dahlia Rizal
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.