Resipi Pau Sambal Sedap. 1st Time Cuba Pun Dijamin Menjadi

Sedapnya Burger Malaysia @ Pau Sambal ni. Kalau makan masa minum petang, aduhhh…alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI BURGER MALAYSIA @ PAU SAMBAL SEDAP

BAHAN A:

  • 1 1/2 cawan air suam kuku
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu makan gula pasir
    (Satukan semua bahan dalam satu bekas. Kacau dan biarkan anggaran 5 – 6 minit)

BAHAN B:

  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh double action baking powder (guna baking powder biasa pun boleh)
  • 1/2 sudu teh baking soda (untuk effect rangup pada kulit pau)
    (Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi seakan serbuk)

CARA MEMASAK:
1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8–10 minit. Peram dalam bekas bertutup selama 10 minit.
2. Tabur tepung dalam talam. Bulat-bulatkan doh ikut saiz yang dikehendaki.
3. Tekan sikit atas doh tu. Susun dalam talam dan buat hingga siap dan habis adunan tepung. Peram lagi doh selama 18-20 minit.


4. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng doh hingga garing dan keperangan menggunakan api sederhana. Sentiasa balik-balikkan supaya doh masak sekata.

RESIPI SAMBAL BILIS (khas untuk burger Malaysia sahaja)

BAHAN-BAHAN:

  • 2 genggam ikan bilis – digoreng & toskan
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • Bahan perasa jika perlu
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 10-12 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3- 4 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan gula. Tumis lagi hingga pecah minyak dan cili berubah warna.
3. Masukkan sos cili. Kacau seketika. Masukkan bawang hiris, ikan bilis serta air.
4. Bila sambal sudah agak pekat, masukkan garam dan bahan perasa dengan secukupnya.
5. Angkat dan sejukkan. Hidangkan bersama pau yang dimasak tadi.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply