Buat Kuih Koci Leleh Cara Moden. Tak Perlu Bungkus, Letak Dalam Acuan Comel Ini

Kuih kuci antara kuih tradisi yang jadi kegemaran ramai. Rasa manis inti kelapa, masin lemak santan bila bersatu memang enak sekali.

Jika biasa membuat kuih koci ini menggunakan daun pisang, untuk lebih mudah boleh gantikan dengan acuan plastik.

Cara membuat kuih koci moden ini dikongsi oleh Rose Aien Ramli.

Cara buat kuih koci moden
Bahan kuih koci

250g tepung pulut
20g tepung beras
200ml air
Pewarna

Bahan inti

1 cawan kelapa parut
5 sudu palm sugar
Secubit garam
1 sudu besar gandum

Bahan santan

250ml santan (Thai)
200ml air
Secubit garam
2 sudu besar tepung beras

Bahan lain : Acuan plastik

Cara membuat:

1. Untuk membuat doh, satukan semua bahannya kemudian uli hingga menjadi doh. Bentuk menjadi bulat.

2. Untuk menyediakan inti kelapa, masukkan semua bahan inti kedalam kuali dan kacau sebati. Apabila agak kering masukkan tepung gandum dan gaul lagi.

3. Ambil doh bulat tadi dan masukkan inti. Tutup dan bulatkan Kembali.

4. Didihkan air dan rebus doh seperti merebus doh buah melaka. Bila doh terapung, angkat dan toskan airnya.

5. Bagi menyediakan santan, satukan semua bahannya dalam periuk dan masak hingga pekat.

6. Sejukkan dulu santan kemudian tuang ke dalam acuan selepas itu masukkan kuih koci yang sudah ditos tadi.

Sumber: Rose Aien Ramli

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply