Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna menegaskan dirinya hanya akan berkolaborasi bersama pereka fesyen yang melaungkan solidariti terhadap Palestin sahaja.
Jelas pelantun lagu popular Langit itu, pendekatan berkenaan diambil bagi menunjukkan pendiriannya yang tidak menyokong kekejam tentera zionis.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Tersenarai Dalam ‘#CelebrityBlockList’, Nadhir Nasar Tampil Beri Penjelasan -“Maaf Atas Kekhilafan Saya…”
“Seperti ramai tahu, saya telah memutuskan hanya melakukan penggambaran fesyen dengan memakai busana pereka tempatan.
“Atau mana-mana individu yang bercakap mengenai Palestin ketika ini,” coretnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Perkara tersebut diluahkan Yuna, ketika fesyen yang digayakannya untuk sebuah majalah menjadi buah mulut ramai beberapa hari lalu.
Ia kerana, gaya turban yang digayakannya mempunyai juraian bulu namun mencetuskan salah faham dalam kalangan netizen sehingga mendakwa dia ‘menayang’ rambutnya.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dan menyokong pendirian penyanyi berusia 37 tahun itu yang menolak bekerjasama dengan pereka fesyen menyokong pihak kejam itu.
Terkini di media sosial, warganet telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Yuna
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.