Baru-baru ini berlangsungnya acara Members’ Day PENIAGAWATI di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Kredit Foto: emmysuraya62
Selain mengeratkan ukhwah dan jaringan perniagaan sesama ahli, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada ahli jawatankuasa PENIAGAWATI berkonsepkan Melayu klasik.
Kredit Foto: emmysuraya62
Turut diadakan sesi bicara santai bersama mantan Presiden dan ahli-ahli senior PENIAGAWATI.
Kredit Foto: emmysuraya62
Kredit Foto: emmysuraya62
Bersempena ulangtahun ke-45 pada tahun hadapan, Presiden PENIAGAWATI iaitu Dato’ Emmy Suraya Hussein mahukan lebih banyak inisiatif program ke arah kebersamaan antara semua generasi agar ia lebih inklusif dalam semua lapisan masyarakat.
Presiden PENIAGAWATI, Dato’ Emmy Suraya Hussein. Kredit Foto: emmysuraya62
Wanita perlu lebih bijak dalam mengendalikan keputusan perniagaan di pelbagai peringkat seterusnya memartabatkan wanita Bumiputera di arena global.
PENIAGAWATI telah melaksanakan pelbagai program latihan keusahawanan, peningkatan pasaran dan jaringan niaga serta misi dagangan ke luar negara bagi ahli-ahli PENIAGAWATI khususnya, dan usahawan-usahawan Malaysia amnya.
Kredit Foto: emmysuraya62
Sebagai persatuan usahawan wanita premier di Malaysia, pencapaian PENIAGAWATI dapat dilihat daripada sokongan dan kerjasama erat daripada kementerian dan agensi kerajaan, pihak swasta, serta media cetak dan elektronik.
Antara program yang bakal dianjurkan PENIAGAWATI ialah penekanan dalam pentadbiran pengurusan harta perniagaan, ‘Capability Building’, ESG serta tiga jaringan niaga ke Korea, Amerika Syarikat dan Hong Kong.
PENIAGAWATI juga mahu meluaskan aktiviti ke Sabah dan Sarawak bagi memperkasakan wanita Bumiputera di bahagian timur Malaysia selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Untuk info, PENIAGAWATI atau nama penuhnya ialah Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesion ditubuhkan pada 24 Mac 1980.
Keahlian PENIAGAWATI kini mencapai lebih 1,000 ahli terdiri daripada pelbagai industri dan usia.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.