Bibik ‘Sakit Jantung’ Tengok Bil Elektrik Mencanak Naik, Netizen Turut Luah Nasib Sama

Bibik ‘Sakit Jantung’ Tengok Bil Elektrik Mencanak Naik, Netizen Turut Luah Nasib Sama

Isu bil elektrik yang ketika ini didakwa melambung tinggi antara keluhan disuarakan masyarakat di media sosial. Hal ini juga disebabkan cuaca panas berbahang beberapa bulan ini dikatakan punca utama bil elektrik melambung disebabkan penggunaan penyaman udara dalam tempoh lama.

Malah, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang pembantu rumah kelihatan seperti mengalami ‘serangan jantung’ apabila melihat penyata bil elektrik.

Bibik ‘Sakit Jantung’ Tengok Bil Elektrik Mencanak Naik, Netizen Turut Luah Nasib Sama

Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok oleh @Alyaninazirah telah menjadi tular dan perbualan ramai apabila ramai pengguna meluahkan bahawa bil elektrik mereka juga meningkat.

Menurut Alyaninazirah atau nama sebenarnya Nur Alyani Nazirah Amran, 29, dia sama sekali tidak menjangka bahawa bil elektrik boleh meningkat tiga kali ganda.

“Bukan bibik sahaja yang sakit jantung tengok bil, saya pun terkejut.

“Bulan lalu bil elektrik sekitar RM130 sahaja tetapi bulan ini naik tiga kali ganda sehingga RM400. Macam mana saya tak terkejut,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menyedari kenaikan bil elektrik itu, Nur Alyani berkata, dia kerap menggunakan penyaman udara kerana cuaca yang sangat panas.

Dia menjelaskan bahawa dia mempunyai tiga penyaman udara di rumah, tetapi hanya satu sahaja yang sering digunakan, iaitu di bilik tidur.

“Saya hanya berkongsi momen bibik melihat bil elektrik itu kerana dia sangat terkejut,” ujarnya.

Netizen Luah Nasib Kenaikan Bil Elektrik

Ada dalam kalangan pengguna menyifatkan kenaikan bil utiliti itu tidak logik berbanding penggunaan tenaga elektrik.

“Saya tak sangka, ramai pengguna TikTok meninggalkan komen bahawa mereka turut mengalami nasib yang sama (bil elektrik naik),” kata wanita yang bekerja sendiri itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meluahkan bahawa bil elektrik mereka meningkat tiga kali ganda.

Bil elektrik kami pun melambung. Bulan Februari, dua minggu rumah kosong tiada orang, tetapi bil lebih tinggi daripada bulan sebelumnya.

“Bulan Mac, bil makin melambung tiga kali ganda. Kerja dapat gaji nak bayar bil sahaja,” kata @daisy_white.

Sementara itu, @Sara_hamzah2 berkata, bil elektrik pada bulan April mencecah RM300 walaupun dia tidak mempunyai televisyen, rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WiFi), dan sebagainya. Dia hanya mempunyai satu penyaman udara yang jarang digunakan.

**Jadi kesimpulannya, berpada-pada menggunakan elektrik kalau tak nak terkejut bila dapat bil nanti!

Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Sumber : Sinar Harian

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply